Showing posts with label Real Issues. Show all posts
Showing posts with label Real Issues. Show all posts

Dec 15, 2012

TV3 Mohon Maaf

By Nash   Posted at  10:06 PM   Real Issues No comments
Rakaman Majalah 3 baru²....setelah dihentam ramai pihak terutamanya "bikers²".

Nota : Manusia tak lari dari membuat kesilapan








Feb 7, 2012

Kene Belasah curik moto guard, Giant Kelana Jaya!

By Nash   Posted at  9:58 PM   video No comments

Padah kantoi mencuri, jadi janganlah mencuri, pukul tuh sikit je, kalau Hudud, potong tangan terus

Aug 3, 2010

Missing Teenager!!!

By Nash   Posted at  8:59 PM   Real Issues 2 comments
Salah seorang forumer share tentang kehilangan seorang saudaranya, so anyone out there see @ found this person, please inform him or the contact no. given...


GRO Songlap Anis


Assalamualaikum, kengkawan, aku nak mintak tolong korang sebarkan email nih….sebenarnya macam ni, anak saudara kakak ipar aku hilang dibawa lari oleh seorang GRO. Ni aku bg korang gambar budak tu ngan GRO tuh. Dia hilang masa cuti sekolah yg baru2 ni, skang ni kira dah hampir 2 minggu la budak ni hilang. Kalau sesiapa pernah jumpa budak tu ataupun pompuan gro nih… tolong call no nih ya…

0139460546 (Pn.Monaliza )

Yang baju merah tak de lengan tu = GRO

Lagi sorang = budak yg hilang (Nama dia Tengku Nur Anis)


Asalnya GRO nih kira kakak angkat budak ni la. Budak ni sebenarnya jenis yg tak berkawan ngan lelaki pun,kawan dia pompuan dan pondan. Mungkin dah termakan pujukan gro nih… budak ni sampai ikut gro ni keluar rumah.

Sebabnya dengar citer Umie dia, budak nih dah digula-gulakan macam2 brg mahal dek gro nih… bila umie dia tahu,dia tak kasi la berkawan ngan gro nih… tp biasa la, budak baru 15 tahun mestilah memberontak. Ni gambar yg sempat dirampas oleh Umie dia.

Dipercayai GRO nih nak jual budak ni sebab mmg tu la keje GRO nih pun. Actually polis dah serbu rumah GRO nih kat KL dan jumpa la buku sekolah dan IC budak nih tapi orang dalam rumah ni dah lari la. So, tak tahu mana disorokkan budak ni sekarang.

Tolong ya.. sebarkan pada kawan2 yg lain… terima kasih.

Original link...HERE

Jun 16, 2010

Jom Makan Durian di Hentian Bukit Gantang!

By Nash   Posted at  9:16 PM   Real Issues No comments

16/06/2010 7:00pm


IPOH 16 Jun – Hanya bayar RM9.90 seorang dan orang ramai boleh menikmati seberapa banyak durian di Hentian Sebelah Bukit Gantang (arah selatan) di KM 225 Lebuh Raya Utara-Selatan selama tiga hari mulai Jumaat ini.


Kanak-kanak bawah enam tahun pula boleh makan percuma, menurut kenyataan PLUS Expressway Berhad (PLUS) hari ini.


Pesta yang dikenali sebagai ”Jom Makan Durian” anjuran PLUS diadakan bersempena musim durian di kawasan sekitar Bukit Gantang.


"Ia juga bertujuan memeriahkan serta mempromosikan buah-buahan tempatan serta Hentian Sebelah Bukit Gantang sebagai salah satu destinasi penjualan buah-buahan tempatan di lebuh raya PLUS,” menurut kenyataan itu lagi.


Turut diadakan sempena pesta berkenaan ialah pertandingan makan durian, pertandingan durian terbaik (raja durian), meneka berat dan ulas durian serta pertandingan masakan berasaskan durian. – Bernama

sumber Utusan

Aku rasa macam nak pergi je kali ini. Hari ini aku beli durian, dahla mahal, tak puas makan, huhuhu. Jom ramai² pergi makan durian. Tahun ini naik sikit bayaran dari tahun lepas dari RM7.90 ke RM9.90 seorang. Tapi masih dikira murahlah, durian sekarang masih pada harga RM6 - RM7 sekilogram. Belum musim 'durian runtuh' lagi. Tempat di Hentian Rehat PLUS Bukit Gantang. 18 - 20 Jun.

Jun 11, 2010

Budak motor dikejar JPJ!!!

By Nash   Posted at  11:21 AM   rempit 2 comments


Aku dapat video ini yang dikongsi di Lowyat.net. Sumber dari Youtube. Apalah nak jadi budak² sekarang ini. Buat salah berani, sembang kencang, bila kantoi merengek macam budak kecik. Malu betul aku (aku lak malu tengok video nih, haha). Kalau aku JPJ, aku bawa jek pergi balai baru 'settle'kan. Biar budak tu kecut perut sikit. Ini nanti bila budak² kat luar sana tengok video ini, diorang akan ingat boleh buat perkara yang sama untuk lepas dari kesalahan.

p/s: Inilah remaja² melayu zaman sekarang. Apa nak jadi tak tahu lah. Sebab perkara² macam inilah kegiatan rempit semakin berleluasa. Saya melaporkan dari kerusi di depan komputer saya. Hahaha

Jun 9, 2010

Cameron Highland (Aduan Rakyat)

By Nash   Posted at  9:07 PM   Real Issues 2 comments


Selepas beberapa episod dan juga dibangkitkan dalam rancangan televisyen lain tentang kerakusan melapah tanah Cameron Highland sesuka hati untuk tujuan mengaut keuntungan peribadi, aku menjadi musykil lebih² lagi paparan yang ditayangkan pada malam (aku sedang menonton rancangan tersebut). Bagaimana perkara² sebegini ini hanya disedari oleh pihak berkuasa tempatan hanya selepas diberitahu oleh rancangan tersebut? Sedangkan apa yang aku lihat, aktiviti² itu bukanlah tersorok sangat sampai tak nampak, tepi² jalan pun ada, termasuk pembinaan berskala besar yang dipaparkan pada malam ini.

Takkan seorang pihak berkuasa tempatan pun tak perasan aktiviti² ini? Dan yang aku pasti, perkara² ini bukan hari ini atau bulan lepas baru berlaku. Mendengar komen salah seorang pegawai yang menyatakan dia baru sahaja tahu tentang perkara tersebut, aku menjadi lagi musykil, sibuk sangat ke sampai tak tahu tentang projek yang boleh dikira berskala besar tu? Ada seorang saja ke yang bekerja dalam jabatan tersebut? Sebab perkara tersebut, tidak kira apa pun alasannya, ianya tetap tanggungjawab mereka yang diambil bekerja menjawat jawatan tersebut. Tiada alasan yang boleh diterima kerana anda dibayar gaji untuk bekerja. Bukan percuma.

Terpulang kepada individu itu samada nak melakukan nya atau tidak. Aku bukan nak menyalahkan seratus peratus ke atas PBT, tapi itu tanggungjawab diorang. Takkan tanggungjawab orang lain kot. Kalau orang lain boleh tahu, ambil inisiatif nak laporkan, baik ambil orang tuh je bekerja. Aku malas nak komen panjang lebar lagi. Cukupla setakat itu. Tepuk dada, tanya la dada anda, haha.

p/s: Tapi kalau memang setakat duduk pejabat jek, itu aku boleh terima la alasan. Bercakap tanpa tindakan (No Action, Talking Only), hasilnya serupa macam tak buat apa².

Perodua Alza (Before & After )

By Nash   Posted at  8:56 PM   Real Issues 3 comments


Sebelum



Selepas


Kepada, Pemilik Produa Alza, Kejadian : Lebuh Raya KESAS ( 12.20 p.m) 5 /2/2010 Status Pemandu / Penumpang : Meninggal serta merta.
Mayat tak boleh dikeluarkan oleh pihak Bomba kerana kenderan remuk hanya dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta berjenama Volvo V50. Impact adalah pada kelahuan (+/- 110 km). Panjang kenderan Alza asal adalah 2.5 M, tapi dah jadi 1.2M selepas impact tersebut

Emel yag aku dapat hari ini. Kalau betul la senario kemalangan sebegitu rupa, nampak sangat 'body frame' Alza ni tak 'reliable'....

May 29, 2010

Latest budak kecik merokok!!!

By Nash   Posted at  9:01 PM   world No comments



Yang nih video budak kat Indonesia merokok, haritu aku ada posting sorang budak dari mana ntah, merokok gak. Aih, apa lah nak jadi, kecik² dah paru² dah terdedah kepada asap rokok.

Kanak-kanak tersebut yang bernama Ardi Rizal mula merokok seawal usianya 18 bulan (masih bayi?) apabila ayahnya mula menawarkan dia sebatang rokok. Keluarga ini berasal dari Musi Banyuasin, Indonesia.

May 26, 2010

Speed controls being used in Eastern Canada

By Nash   Posted at  8:56 PM   Road safety 2 comments
Tengok bagaimana kreativiti digunakan dalam mengawal kelajuan di jalan raya seperti yang terdapat di luar negara. Aku ingat boleh dipraktikkan di Malaysia disamping menjimatkan kos. Tapi masalahnya orang² Malaysia ini bijak², tak suka pisang berbuah 2 kali, sekali diorang dah tahu benda ini, kali kedua mesti dah pandai nak bezakan (benda² macam ini sajalah yang diorang pandai, haha). Namun masih boleh dipraktikkan untuk ujian di jalan raya Malaysia. Lihat samada ianya berkesan atau tidak.




I don't know about you ... but I will slow down! People slow down and try
to "straddle" the hole ...




This is actually a speed control device in use.
It is much cheaper than speed cameras.


Pretty clever ... You can always move it around to where you like.
Isn't art wonderful?




P/S : Boleh berjaya ke kalau dipraktikkan di Malaysia??

May 22, 2010

Muka Buku a.k.a FaceBook!!!!

By Nash   Posted at  8:37 PM   Real Issues No comments


Baru² ini selagi lagi umat Islam di seluruh dunia dihangatkan dengan isu lakaran junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Tapi kali ini ianya dijadikan sebagai pertandingan di laman web yang tidak asing lagi dikalangan penggemar laman web sosial iaitu Facebook! Kalau tak silap aku salah seorang pengguna laman web ini yang kononnya memperjuangkan kebebasan hak bersuara atau memberikan pendapat yang menganjurkan acara ini.

Tak habis² orang² kafir nih cuba menggugat kesabaran umat Islam. Apalah yang diorang dengki sangat sampai sibuk nak lukis wajah Rasulullah nih. Pelik betul aku. Bukannya agama diorang ke, pe ke yang diorang nak sibuk². Tapi ini semua mungkin dugaan atau cabaran dari Allah S.W.T untuk melihat siapa antara umatnya yang menyayangi utusan Allah ini.

Jika umat Islam langsung mengambil sikap tidak kisah, jelas tiada perasaan kasih kita kepada Rasulullah. Biar tidak pun terdetik di hati perasan marah kerana menghina nabi kita. Namun Pakistan dan beberapa negara Islam lain mengambil langkah mengutuk tindakan tersebut secara besar-besaran. At least bila di padang Masyar nanti, mereka dapat menjawab apabila soalan di tanya "Apakah yang kamu buat bila Rasul kamu dihina?". Renung²kan dan selamat beramal!

p/s : Jangan leka sangat dengan Facebook sampai isu² sebegini dipandang sinis. Setiap perkara ada kebaikan dan keburukan kerana hanya Allah S.W.T sahaja yang sempurna.

May 21, 2010

Tiger Abuse!!!1

By Nash   Posted at  11:10 PM   Real Issues No comments



So sad watching this video taken from one of famous zoo in Malaysia. How come they treat the animal like that just to earn some profit from it. Really cannot tolerate with this kind of action. Need some action from respective department or agency.

The response from the management of the place as below :

The admins of the Facebook Page Stop Animal Abuse at A' Famosa wrote to the management of A' Famosa. We received the following response.

Click me to read spoilers


Warmest Greetings From A'Famosa Resort

We're referring to your e-mail on regards of the video shared on www.youtube.com

We would like make things clear that we never druged any of the animal for entertainment sake. The tiger shown in the video was just merely lazy and it's was their nature to do so. We pratice a standard level in handling the animals.

However, rest assure that we had stop the photography session with the tigers due to the public & management concern of the tigers welfare. We appreciated your feedback which had been forwarded to management for their action to be taken.

Thank You.
Eric Ong."

May 19, 2010

Malaysia Car Interest!!!

By Nash   Posted at  10:51 PM   Real Issues No comments
Apa yang aku baru dapat tahu hari ini, kadar 'interest' akan dinaikkan oleh Bank Negara berkuatkuasa awal bulan depan. Bermaksud ia akan memberi kesan juga kepada 'interest' kereta lebih² lagi kereta nasional seperti Perodua dan Proton dimana kadar sekarang sekitar 3.75 - 4.00 peratus. Kereta import pun akan semakin mahal. Jadi kepada yang nak beli kereta tuh, cepat² la beli, hehehe

Siapa yang 'terer' boleh rujuk kepada artikel di bawah....

Another 25 bps rise in key interest rate expected

MALAYSIA is expected to raise its benchmark interest rate by another 25 basis points (bps) for the second time in a row to normalise interest rates and prevent financial imbalances.

Almost all economists polled by Business Times expect the Overnight Policy Rate, which determines the borrowing costs by banks, to be increased to 2.5 per cent tomorrow.

Bank Negara Malaysia was among the first central banks in the region to raise interest rates in March.

AmBank Group chairman Tan Sri Azman Hashim said that current interest rates were still low and he expected the central bank to normalise rates.
"We can expect a gradual increase of a quarter of a percentage point (0.25 per cent) by the central bank. It is nothing to worry about in terms of business costs," he said when met at the 2009 Productivity Report presentation in Kuala Lumpur yesterday.

"It's a good time to borrow during the current (interest rate) regime," he added.

Citi economist Kit Wei Zheng felt that preventing financial imbalances should be a priority, noting that household loan demand was undeterred by the 25 bps increase in March.

Sentiment in the residential property market remained strong, indicating that another bout of monetary normalisation was imminent.

"With inflation likely to creep up, policy and deposit rates may have to rise to ensure an acceptable real rate of return on bank deposits. Otherwise savers may be tempted into speculative activities," Kit said.

He added that monetary policy has to strike a delicate balance between pre-empting further increases in household debt while not hurting the already highly-leveraged households. The ratio of household debt to gross domestic product surged almost 13 per cent to a record 76.6 per cent last year.

Standard Chartered Bank also expects interest rates to be normalised further to suit current economic conditions.

"Bank Negara will also want to ensure that interest rates are not kept too low for too long as this would hurt depositors and may encourage excessive risk-taking in search of higher returns," it said.

Bank Negara's decision may have to be weighed against risks arising from the debt crisis in Europe, DBS Bank economist Irvin Seah said.

"In fact, judging from the complexity and difficulty of the issues in Europe, it would not be surprising if Bank Negara decides to take a pause in its monetary tightening for now, at least till a resolution in Europe is reached and clarity resumes," he said.


Source

May 18, 2010

Selamat Hari Cikgu!!!

By Nash   Posted at  9:15 PM   world 1 comment



Ahad lepas bertarikh 16 Mei 2010 adalah Hari Guru Se-Malaysia. Walaupun hari ini dah 18 Mei, tapi aku rasa belum terlewat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Guru terutamanya buat cikgu² yang telah banyak membantu aku sepanjang proses pembelajaran aku ketika di sekolah. Tidak lupa juga kepada pensyarah² aku (cikgu juga la kan) yang menyumbang buah fikiran dan pengalaman kepada aku dan rakan² hingga kami dapat mengecapi apa yang kami perolehi pada hari ini. Dan paling teristimewa buat ibu ku yang merangkap cikgu juga kerana tidak pernah kenal erti penat menjaga aku dari kecil hingga dewasa dan mendidik aku tentang erti kehidupan. Tanpa kamu semua siapalah aku di dunia fana ini..

SELAMAT HARI GURU!!!!



p/s: Ok gakla ayat aku dalam posting kali ni, terima kasih kepada cikgu bahasa malaysia aku..hahaha

May 14, 2010

Budak kecik merokok!!

By Nash   Posted at  11:07 PM   world 1 comment



Kira loaded gakla budak kecik nih leh hisap rokok...kecik² dah hisap, kira umur dia pendek sikitlah dari yang hisap masa sekolah rendah atau menengah...haha


Apr 25, 2010

Internet connection buat hal lagi!!!!

By Nash   Posted at  10:42 AM   Real Issues No comments


Kadang² aku naik pelik betul dengan ISP utama untuk pasaran jalur lebar @ broadband di Malaysia ni (paham²la sendiri), memangla ada 'provider' yang lain, tapi secara terang terangan kita boleh lihat siapa yang monopoli perkhidmatan tersebut. Yang aku pelik bukan apa, tapi kualiti perkhidmatan yang disediakan, lebih² lagi dengan isu kabel dasar laut diorang nih! Tak pernah habis dengan isu ni, jadi aku tertanya²la kabel cap apa yang diorang guna, macam mana diorang pasang kabel tu, siapa yang pasang (selalu mesti tender nya bagi dekat kontraktor, diorang takkan pasang sendiri). Buat masa ni, aku belum lah lagi terasa gangguan pada 'connection' internet aku seperti sebelum² ini ketika masalah ini berlaku. Tapi kalau ganggu pun nak buat macam mana, kena terima la hakikat. Lagi satu yang buat aku tertanya²m betul ke kabel dasar laut tuh yang masalah atau ada perkara lain, bukan masalah kabel?? Bila pengguna merungut, alasan paling mudah, "Dalam setahun, hanya beberapa kali saja masalah macam ni, jadi toleransi la sedikit". Aduss, nih bukannya pasar malam, professional la sedikit, selaku pengguna memangla kita ada hak nak mengadu dan sebagai 'provider', kenal bagi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, kalau pelanggan 'complaint', kena terima lah hakikat. Sebagai penyedia utama, jagalah standard dan kualiti, jangan semata² tiada saingan yang setara, pengguna di bawah boleh dibuat sesuka hati.

p/s : Panjang betul, luahan hatiku sebagai pengguna setia walaupun selalu ada masalah, dah tak ada ISP lain yang boleh sediakan perkhidmatan yang setara seperti di luar negara, jadi tiada pilihan, huhuhu.

Sumber1

Apr 22, 2010

Indian boy has feet growing out of chest!!

By Nash   Posted at  11:51 PM   Real Issues 1 comment
Benda² sebegini dah menjadi perkara biasa pada zaman sekarang, tapi bagi aku bukan kejadian pelik, tapi kemungkinan masalah genetik kerana kurang khasiat atau penyakit lain, dan selalunya terjadi kepada keluarga kurang berkemampuan atau mempunyai masalah penyakit keturunan. Aku kongsi dari emel yang di'forward'kan kepada aku. Kali ini seorang budak lelaki India mempunyai kaki lain @ tambahan di dada.







Mar 30, 2010

Eksiden kereta di stesen minyak!!

By Nash   Posted at  8:51 PM   taman midah 7 comments
Seriau aku tengok eksiden nih, memang dah ajal, tapi kesian gak la kat mangsa kemalangan nih, tengah isi minyak pun boleh kena langgar dengan kereta. Jadi kepada semua di luar sana (termasukla aku), isi minyak tuh tengok² gakla sekeliling anda. Ini juga sebagai tanda peringatan yang maut datang tak kira masa dan tempat, perbanyakkanla amalan, jangan leka dengan duniawi nih sampai kewajipan kepada Allah S.W.T diabaikan. Tak semestinya hari ini kita hidup gembira, akan berterusan keesokan harinya....


"atas permintaan dan sensitiviti, aku delete video nih....."



KUALA LUMPUR: Malang buat seorang lelaki yang sedang mengisi minyak keretanya apabila maut selepas dilanggar sebuah kereta yang terbabas akibat kemalangan di stesen minyak di Jalan Cheras, Taman Midah di sini.

Dalam kejadian jam 10.30 malam kelmarin itu, mangsa Mohd Yusri Abdul Wahab, 32, yang parah di keseluruhan kepala dan badannya dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sebelum disahkan meninggal dunia jam 2.15 pagi semalam.


Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning, berkata lelaki itu mengisi minyak dilanggar sebuah kereta Hyundai Getz.

“Ketika itu mangsa baru sampai ke stesen minyak itu sebelum keluar daripada Proton Iswaranya.

“Siasatan awal mendapati Hyundai Getz itu dipandu seorang perempuan berusia 23 tahun. Kenderaan itu terbabas selepas terbabit satu lagi kemalangan dengan sebuah kereta di jalan raya berhampiran stesen minyak itu.

“Namun, pemandu wanita itu hanya cedera ringan” katanya di sini, semalam.

Mar 4, 2010

Part-time work!!

By Nash   Posted at  8:00 PM   Real Issues No comments
Aku nyaris nak transfer duit ke akaun untuk kerja part time menaip (aku bajet cam data enntryla, dulu der pengalaman wat data entry nih), tapi selepas aku membuat sedikit penyelidikan ke atas pekerjaan ni menerusi pertolongan uncle "GOOGLE", aku terjumpa la banyak komen² kurang memberangsangkan tentang skim ni. So aku just sharela serba sedikit tentang khidmat tersebut di sini. Aku bukanla nak menutup periuk nasi orang lain ke pe, tapi aku cuma nak kongsi apa yang aku dapat tentang benda ni. Jika ianya didapati tidak benar dan ada orang yang tampil nak bagi penjelasan kukuh kat blog aku, aku akan tarik balik la artikel ni. Tapi jika ternyata dakwaan tersebut adalah memang benar, sekurang²nya aku harap aku dapat memberi peringatan kepada orang lain.

Sumber komen<---click here (aku bagi forum ni sebab ramai yg bagi feedback, so please go through all the comments!!!)

Maklumat Lebih Lanjut tentang servis tersebut<---click here



SEPATAH KATA DARI PENAJA


Terima Kasih Di Atas Perhatian Anda!


Salam Sejahtera,


Hi, Saya Norhazlin, Penaja Pekerjaan Menaip Dirumah, dengan ini ingin mengalu-alukan minat saudara/i untuk menyertai program kami.


Untuk makluman anda, program ini beroperasi dibawah kendalian Syarikat Autumn Paradise Sdn Bhd (734093-W), beribu pejabat di No 3-27B Blok L Jalan Desa 2/4 Desa Aman Puri, 52100 Kepong , MALAYSIA .


Mula ditubuhkan pada tahun 2006,syarikat ini telah berkembang dan telah menawarkan pekerjaan kepada lebih 2,500 orang ahli. Operasi syarikat kami banyak tertumpu kepada khidmat pengurusan kerja-kerja pejabat secara online dan juga offline.

Tujuannya adalah untuk mengurangkan kos operasi sesebuah syarikat dimana mereka tidak lagi perlu menggaji pekerja sebaliknya hanya perlu mengupah kami untuk melakukan kesemua kerja-kerja menaip dan urusan pejabat bagi pihak mereka.

Secara tidak langsung mereka bebas dari tanggung jawab untuk menjaga kebajikan pekerja seperti membayar wang KWSP, tuntuan kerja lebih masa, cuti dan sebagainya. Apa yang mereka tahu kerja akan disiapkan oleh kami pada masa yang telah ditetapkan.


Dengan ini juga, mereka boleh menumpukan sepenuh perhatian mereka kepada usaha-usaha untuk mengembangkan lagi pasaran dan meneroka peluang-peluang perniagaan yang sedia ada di dalam negeri mahupun diluar negara.


Berkembangnya perniagaan mereka, maka bermakna lebih banyak pekerjaanya yang kami terpaksa lakukan. Dari itu, pertolongan dari saudara/i amatlah diperlukan.


Maklumat lanjut berkenaan pekerjaan-pekerjaan yang ditawarkan ini, adalah seperti di TAWARAN KERJA MENAIP yang disertakan bersama-sama di bawah ini.


Walau bagaimanapun, jika anda masih lagi memerlukan penjelasan lanjut,setelah membaca TAWARAN KERJA MENAIP ini,anda juga dipelawa untuk mengajukan sebarang soalan berkaitan kepada saya di alamat email: fast_advertise@yahoo.com


Sekian, Terima kasih.


Selamat Bekerja & Untung Bersama.


Norhazlin Ibrahim

Autumn Paradise Sdn Bhd

EMAIL: fast_advertise@yahoo.com

http://autumnparadise.teach-nology.com/


TAWARAN KERJA MENAIP


Pemohon Sekalian,


Terima kasih kerana memohon.

Dengan bangganya, kami ingin memaklumkan bahawa, permohonan anda untuk bekerja dan seterusnya mendapat bayaran dari kami adalah dengan ini DITERIMA.



TAHNIAH!!!

Anda akan dibayar berdasarkan pekerjaan yang anda lakukan untuk kami seperti:

1- Menghantar email iklan bagi pihak kami

2- Kerja-kerja perkeranian berkaitan penghantaran iklan

3- Melayari internet Untuk kami dan mendapat bayaran

4- Atau anda beritahu kami kebolehan anda dan kami akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi keperluan anda


Kerja-kerja ini yang 99% adalah berdasarkan kerja MENAIP,adalah mudah dan senang untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja yang berminat.


Selain itu, kami juga menawarkan latihan & tunjuk ajar secara on-line bagi mereka yang memerlukan, dan ia adalah PERCUMA. Ini secara tidak langsung dapat membantu mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran anda dibidang IT dan Internet.


BERAPA BANYAK BAYARAN YANG ANDA AKAN PEROLEHI???


Itu semua terpulang kepada anda. Jika anda rajin dan berdedikasi, pulangan sebanyak USD1000 atau RM3,800 sebulan/mingguan/harian tidak menjadi masalah.


Untuk Proses Pembayaran, kami akan melakukannya pada setiap 15th hb setiap bulan ke akaun bank anda. Butiran lanjut mengenai akaun bank anda akan kami minta sebelum anda memulakan tugasan nanti.


Selain itu, kami juga terlibat secara langsung dengan akaun bank luar pesisir melalui internet seperti Paypal, Stormpay dan sebagainya, untuk memberi lebih perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan kami dan anda


Kepada mereka yang menunjukkan prestasi yang cemerlang, peluang kenaikan pangkat kepada Penyelia (Supervisor), Pengurus dan sebagainya juga ada disediakan.


Program Kerja Menaip yang kami sediakan ini pada dasarnya adalah percuma, tetapi disebabkan beberapa kerenah pekerja terdahulu seperti meninggalkan tugasan yang diberi separuh jalan dan tidak bersungguh-sungguh, maka pihak pengurusan syarikat sepakat utk memperkenalkan Konsep deposit wang Cagaran (refundable deposit) kepada semua bakal pekerja baru.


Melalui konsep ini setiap peserta yang benar-benar berminat, dikehendaki untuk membuat bayaran deposit wang Cagaran (refundable deposit) sebanyak USD20.00 atau RM50.00 dimana wang yg dibayar ini akan dipulangkan balik kepada anda sebaik sahaja pendapatan bulanan anda mencecah RM100. Jumlah ini bolehlah dianggap kecil jika dibandingkan dengan perolehan bulanan anda nanti yg boleh mencecah sehingga RM3,800 sebulan.

Kami percaya melalui tugasan pertama sahaja anda sudah mampu untuk mencapai had minima yg ditetapkan ini dan seterusnya memperolehi kembali wang cagaran beserta pendapatan bulanan anda itu nanti.


Diharap anda memahami kedudukan kami yang terpaksa melayan ratusan pelanggan setiap hari.


Dari itu, hanya mereka yang berminat, dan mempunyai keinginan yang tinggi SAHAJA akan diberi TUGASAN ini.


Jadi Buktikanlah kesungguhan anda dalam menerima pekerjaan ini.


HARUS DIINGAT JUGA!!! TAWARAN KERJA MENAIP INI HANYA SAH UNTUK TEMPOH 3 HARI SAHAJA, BERMULA DARI TARIKH SURAT INI DIHANTAR, KEPADA ANDA.


Kami menanti pengesahan dari anda.


Terima kasih

Norhazlin Ibrahim

Autumn Paradise Sdn Bhd

http://autumnparadise.teach-nology.com/


Nota: Jika masih tidak jelas dengan penjelasan yang diberikan, saya ingin mempelawa anda, untuk mengikuti – “Soalan Yang Kerap Ditanya (FAQs) Oleh Pemohon-pemohon yang lalu dibawah ini.

BAGAIMANA UNTUK MELAKUKAN PEMBAYARAN DEPOSIT WANG CAGARAN (REFUNDABLE DEPOSIT)?


1- Jika anda berada di Malaysia , Brunei , Singapura dan Filipina, Anda boleh melakukan pembayaran terus ke akaun seperti dibawah ini:

BANK : MAYBANK

ACCOUNT NO: 562553402447

TO: NORHAZLIN IBRAHIM

JUMLAH PEMBAYARAN: RM50.00


atau


BANK : CIMB

ACCOUNT NO: 14060540697526

TO: NORHAZLIN IBRAHIM

JUMLAH PEMBAYARAN: RM50.00


SETELAH ANDA MENYELESAIKAN PEMBAYARAN DIATAS, SILA EMAILKAN KEPADA SAYA BUTIRAN SEPERTI BERIKUT SECEPAT YANG MUNGKIN:


1- Tempat bayaran dibuat

2- Tarikh dan masa bayaran dibuat

3- NO RESIT ATAU NO REFERENCE PEMBAYARAN


Selain itu, sila simpan slip pembayaran utk tujuan pengesahan kelak (jika diperlukan)


SETERUSNYA SAYA AKAN MENYEDIAKAN TUGASAN/KERJA MENAIP UNTUK ANDA LAKUKAN DENGAN SECEPAT YANG MUNGKIN SETELAH MENGESAHKAN PEMBAYARAN BERKENAAN DIBUAT DAN ANDA JUGA BOLEH MEMULAKAN KERJA PADA HARI YANG SAMA.


Terima Kasih.

SOALAN YANG KERAP DITANYA -FAQs


1. Kenapa Pembayaran sebanyak RM50.00 sebagai deposit wang cagaran penyertaan harus dikenakan?

ð Ini adalah untuk memastikan, hanya yang benar-benar berminat dan ingin bekerja sahaja diberi kerja/tugasan. Kami tidak mahu membuang masa dan tenaga kami memberi tunjuk ajar, bantuan dan nasihat kepada mereka yang tidak berminat. Ini telah berlaku kepada kami pada masa lepas dan kami tidak mahu mengulangi peristiwa yang sama berulang kembali.

ð Sebaik sahaja pendapatan bulanan anda mencecah RM100, wang cagaran penyertaan anda akan dipulangkan semula beserta dengan pendapatan anda utk bulan berkenaan.

Setelah itu anda boleh bekerja secara tetap dari bulan ke bulan tanpa

dikenakan sebarang cagaran bayaran lagi dan boleh terus bekerja dan

mendapat bayaran dari kami.

Jika anda melakukan tugasan yg diberi seperti yang diminta, saya jamin

pada bulan pertama sahaja anda sudah mampu memperolehi semula

cagaran wang penyertaan anda itu.


2. Bolehkah saya bekerja dahulu dan cagaran wang penyertaan berkenaan dipotong

dari pendapatan saya kelak?

ð Tidak. Kami tidak mengamalkan dasar memotong pendapatan pekerja kami. Bayaran akan dilakukan secara penuh pada setiap awal bulan.


3. Bagaimana kami dapat mengesahkan yang anda beroperasi secara sah dan tidak menipu?

ð Untuk makluman anda semua, kami juga mengiklankan peluang pekerjaan ini melalui Akhbar-akhbar Utama di Negara ini, seperti The Star, Utusan Malaysia dan sebagainya. Untuk melayakkan kami mengiklankan di akhbar, kami terlebih mestilah sebuah syarikat yang berdaftar. Jika anda inginkan kepastian, pihak kami bersedia untuk memberikan no. pendaftaran kami.

ð Selain itu harus diingat, No account yang diberikan itu adalah dibuka di Malaysia . Seperti yang disyaratkan oleh kerajaan Malaysia , tiada sesiapa dibenarkan membuka account bank jika tiada kad pengenalan.


4. Bagaimana saya boleh memperolehi tugasan yang disediakan? Apa kadar bayarannya?

ð Kesemua tugasan akan di emailkan kepada peserta sebaik sahaja, pihak kami mengesahkan pembayaran yuran pendaftaran sebanyak RM50.00 itu telah dilakukan.

ð Bayaran: Bergantung kepada tugasan yang diberikan.

Dari serendah RM1.00 untuk setiap email address yang lengkap

sehinggalah RM40.00 untuk setiap helaian yang ditaip.

5. Adakah resit bayaran dikeluarkan setelah melakukan pembayaran?

ð Ya.Biasanya pada hari yang sama dengan tarikh pemberian tugasan kerja dirumah.


6. Adakah apa-apa bayaran tambahan lagi dikenakan, selain dari cagaaran wang penyertaan?

ð Tidak. Kami disini bukannya meminta anda menjual sesuatu. Kami cuma mahu anda bekerja dengan kami. Lebih banyak pendapatan yang anda perolehi, begitulah juga ianya meningkatnya pendapatan kami. Inilah yang dinamakan “Win-win Situation”

7. Adakah ditetapkan waktu bekerja tertentu dalam sehari atau tempoh masa bekerja tertentu dalam seminggu yang mesti dipenuhi?

ð Sesungguhnya tiada. Andalah yang menetapkan semuanya, bila mahu bekerja dan berapa lama. Yang penting anda dapat menyelesaikannya dalam tempoh masa yang diberikan. Jika lebih yang anda buat lebihlah juga pulangan yang akan anda perolehi.

ð Selain itu,kami bayar berdasarkan apa yang anda buat. Dengan kata lain kami adalah boss anda.Menariknya anda tidak akan dibuang kerja, selagi terdaya anda boleh melakukan kerja ini dan dibayar. Jika tiada kerja dilakukan maka tiadalah bayarannya. Ianya semua bergantung kepada usaha anda.


8. Kenapa ada tamat tempoh (dateline) untuk menerima tawaran bekerja ini?

ð Kami sendiri mempunyai banyak urusan kerja dan jadual harian yang ketat dan mesti dipenuhi. Dari itu, tawaran hanya dibuka untuk tempoh waktu tertentu sahaja agar kami dapat mengambil jumlah pekerja yang dikehendaki dalam tempoh masanya sahaja. Jika melewati masa yang telah ditetapkan, kami tidak dapat melayan permintaaan anda kerana terpaksa menumpukan perhatian kepada urusan kerja yang telah disebutkan tadi. Harap anda benar-benar menghargai peluang yang diberikan.

Sekian.


Nota: Untuk makluman anda semua, maklumat diatas akan dikemaskinikan berdasarkan maklumbalas yang diberikan oleh para pekerja dari semasa ke semasa.


Feb 7, 2010

Bayi lelaki 5 bulan mati dipercayai didera, diliwat

By Nash   Posted at  8:39 PM   Real Issues No comments
PETALING JAYA, Feb 6 — Seorang bayi lelaki berusia lima bulan mati dipercayai akibat didera dan diliwat.

Sehubungan itu, sepasang suami isteri ditahan di tanah perkuburan Islam di Sungai Buloh sebaik selepas pengkebumian bayi pertama mereka itu Isnin lepas, kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed.

Beliau berkata bayi itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh oleh pasangan yang masing-masing berusia 33 dan 19 tahun itu pada malam 31 Jan lepas kerana mendakwa bayi mereka tidak sihat.

“Menurut ibu bayi itu, anaknya masih hidup ketika mereka tiba di hospital tetapi doktor yang memeriksanya mengesahkan bayi itu telah mati.

“Bedah siasat dijalankan sejurus selepas itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis polis bersama masyarakat di Subang Perdana di sini, hari ini.

Beliau berkata wanita berusia 19 tahun itu membuat laporan polis mengenai kematian bayinya di bit polis Hospital Sungai Buloh.

Arjunaidi berkata siasatan lanjut polis mendapati bayi itu mempunyai kesan luka di seluruh badan dan dia turut diliwat.

Pasangan dari Sungai Buloh itu direman sehingga 12 Feb dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati mandatori. — Bernama

sumber

Baru² ini kita digemparkan dengan berita menyayat hati, bayi berusia 5 bulan mati dipercayai didera dan yang lebih teruk lagi bayi tersebut juga dipercayai diliwat!!!

Apalah nak jadi dengan dunia sekarang. Penjaga yang diamanahkan oleh Allah S.W.T untuk menjaga dan mendidik anak kecil itu sanggup berbuat demikian. Dah teruk sangat keadaan nafsu manusia zaman sekarang. Dah tak terkawal. Apa saja boleh dijadikan tempat melepaskan keinginan nafsu syahwat hasil hasutan Iblis/Syaitan yang sememangnya sentiasa berusaha menyesatkan anak/cucu Adam hingga kiamat.

Apakah penyebab hingga keadaan sebegini terjadi? Aku kadang tak faham, di
manakah akal fikiran yang membezakan manusia dengan haiwan itu diletak? Adakah manusia zaman sekarang kebanyakan tiada bezanya dengan haiwan? Kerana jika akal itu tidak diguna dan diletakkan di tempat yang sepatutnya, sudah tentu tiada lagi perbezaan antara manusia itu dengan haiwan.

Lihat saja paparan muka hadapan Harian Metro hari ini dan semalam.
Semuanya berkisahkan tentang nafsu serakah manusia yang bagai hilang akal dan pedoman. Aku cuma berharap diri aku dan umat Islam di luar sana sentiasa muhasabah diri dan mengawal diri dan nafsu dari tergoda dengan hasutan iblis syaitan yang tidak kenal erti penat untuk menyesatkan umat Islam.

Gunalah akal fikiran, letakkan ia di tempat yang sepatutnya kerana
jika tidak, seperti yang dinyatakan tadi, tiada bezanya kita dengan haiwan.

Feb 5, 2010

May 1st RON95 is RM2.10

By Nash   Posted at  11:42 AM   Real Issues No comments
Nih emel yang aku baru dapt..arituh kate naik RM3.70 untuk RON95 dan RM3.90 untuk RON97, yang ni lak, RM2.10 untuk RON95, tapi RON97 takde lak die bagitau...just share with u all..






" Come May 1st RON95 is RM2.10

By Syed Akbar Ali


That's right. The Government is quite firm on "restructuring" the fuel subsidy on May 1st. Here is how it will work. First the price of RON95 will go up to RM2.10 per litre. Those who are eligible for the subsidies will have to swipe their MyKads at the gas stations and they will still get gas at the "old" price of RM1.80 per litre.


Those who are not eligible will have to pay RM2.10 per litre. This is based on todays world prices for oil. If oil goes up or down between now and May 1st, then the prices will be adjusted.


Eligible means cars below 2000 cc while cars above 2000 cc are not eligible. Between now and May 1st, you must register your MyKad and your car (if it is below 2000cc) somewhere. Details to be announced I think. Those with cars above 2000cc need not bother. You dont get the subsidy anyway....


Petrol stations will be equipped with a hand held device which can read your MyKad so that you can get your subsidy and also to read the amount of petrol you have used. The Government plans to allow only 100 litres of subsidised petrol per car owner per month. Only one car will be allowed for the subsidy.


All gas stations will be linked online (by May 1st) so that your usage of petrol will be monitored. The Government has talked to all the oil companies and they have all agreed.


Diesel will still be subsidised and commercial vehicles will not be affected. Only petrol driven privately owned passenger vehicles are eligible or not eligible for the subsidy.


What this means is that owners of cars below 2000cc will not see any reduction in their living expenses. They will still pay RM1.80 per litre for RON95 like they do today - no change there, except they will now have to flash their MyKads everytime they buy petrol, because they will only get say 100 litres of subsidised petrol a month..


Owners of cars above 2000cc will pay 30 sen more per litre - over 16% increase per litre of petrol.


Presently the Government spends about RM2.0 billion per year on fuel subsidies (petrol, diesel, all petroleum fuel). It is envisaged that this "restructuring the fuel subsidy" - which affects only petrol driven privately owned cars - will save the Government RM1.0 to RM1.5 billion.


Here are more numbers. There are about 8.0 million privately owned cars in Malaysia. Of these, 7.8 million are cars below 2000cc. This means this whole restructuring of the fuel subsidies is only going to affect 200,000 cars of 2000cc and above ? ?


And by making these 200,000 cars (of greater than 2000cc) pay an extra 30 sen per litre, the Government will save RM1.5 billion in subsidies a year ? ? I did some quick arithmetic and it works out to about 300 litres per car per month. But the Government is open for suggestions.


My view is while the 'restructuring' is supposed to help the poor, it does not really. They will still pay RM1.80 per litre (which they are paying now). There is no savings for them. Only the rich (those owning cars of 2000cc and above) will end up paying 30 sen more per litre. So while the poor remain status quo, the rich get penalised.


Even if world oil prices go up and pump prices also move up, the poor will still get subsidised petrol but at the higher market price. The rich will pay more.


I feel that prices of things will still go up. Although commercial vehicles and diesel lorries and trucks and tractors will still get subsidised fuel (thereby canceling the urge to raise prices) there will be some impact on the Consumer Price Index. Pasar malam traders use petrol driven generators to do their business at night. There are other equipment that may run on petrol - which may not enjoy the subsidy.


When the Government gave special diesel subsidies for the inshore fishermen (RM1.00 per litre of diesel), it immediately created huge diesel smugling problems. Then the Customs had to spend millions of Ringgit to buy boats to curb the smugling.


I think this split fuel subsidy structure will also create instant "kampong oil traders" especially if the oil prices move up drastically. People who have not used up their 100 litre per month quota will buy fuel and sell it for a small profit to others who may need it.


It would be fairer if the Government gave everyone a flat 100 litres (or 150 litres or 200 litres as may be more scientifically determined) of subsidised petrol. Above that and you pay market prices. And put in place a program to remove the subsidy altogether.


Its only 30 sen per litre (ok at current prices). The Government can reduce 10 sen per year and in three years, there will be no more need for fuel subsidies. The market will settle down to a new level by itself .


The issue of foreign cars can also be handled in a much easier manner. Singapore allows Malaysian cars 14 days free entry into Singapore. After that you have to pay RM75 per day. We could do the same thing. Charge foreign private cars RM10 tax per day - which goes to the Government or something like that.


The idea to deny the fuel subsidy to foreigners living in Malaysia does not seem fair. Foreigners who are resident here also pay road tax, drive cars bought in the country (paying excise duties etc) and may work here or run businesses here. They are actually part of the economy.


Foreign cars coming in from Singapore or Thailand are different.


The public also would like to see a drastic reduction in the prices of cars. Also a reduction in paying tolls. That would be more meaningful.


In conclusion, this restructuring of the fuel subsidies does NOT save any money for the poor (below 2000cc). The rich (above 2000cc) have to pay more. Both have to swipe their MyKads. They are all voters."

Posted by Syed Akbar Ali at 12:08:00 AM

Back to top ↑
Connect with Us

    Demi Masa..


    Powered By Nash
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Followers

    About Me

    My Photo
    Nash
    Hmm...I not really expert in describing about myself, why don't u tell me...(^__^)
    View my complete profile

    Chatbox

    Advertisement

    Live Traffic Feed

    Music

    Happy-o-Meter!!!

    Value

What they says

Nothing much regarding this blog, just to fulfill my free time rather than sit doing nothing in front of my pc. So feel free to look around and leave comments or whatever that come across inside your mind.

Cheers!!(^__^)
© 2013 My Official Blog. WP Mythemeshop Converted by BloggerTheme9
Blogger templates. | Distributed by Rocking Templates Proudly Powered by Blogger.