Keadaan kereta yang remuk
SEPANG – Sebuah kereta Ferrari F430 yang sedang dipandu uji terbabas mengakibatkan kenderaan bernilai hampir RM2 juta itu remuk di Lebuh Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, kereta mewah yang boleh memecut sehingga kelajuan 315 kilometer sejam tersebut dinaiki oleh dua lelaki berusia lingkungan 30-an dari terminal KLIA menghala ke arah plaza tol KLIA.
Difahamkan, ketika kejadian, kenderaan itu menjalani proses pandu uji sebelum diserahkan kepada pelanggannya.
Ketua Polis Daerah Sepang, Supritendan Imran Abdul Rahman berkata, setibanya di Kilometer 6.3 berhampiran tol tersebut, kereta yang dipercayai dipandu laju itu gagal dikawal lalu terbabas ke kiri jalan.
“Kereta itu terlanggar penghadang jalan serta sebatang tiang lampu sebelum terhumban kira-kira 20 meter dari bahu jalan.
“Pemandu dan penumpang kereta tersebut bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
p/s: Macam mana lah nak ganti kereta pandu uji tuh, paling teruk mungkin dibuang kerja, hopefully not..hmmm
Sumber























Beliau berkata, penggodam yang digelar “Rilekscrew” juga menyatakan “kelemahan-kelemahan ini membenarkan semua data diperoleh daripada pelayan.”
“Jelas, ini bukan projek bernilai RM1.4 juta. Keselamatan dan peribadi pengguna begitu penting terutamanya dalam laman web milik kerajaan,” katanya.
The Malaysian Insider juga memperoleh satu senarai melebihi 1,000 butiran pengguna dari kedua-dua laman web itu.
Semalam, Putrajaya mengakui portal 1MPB masih belum bersedia menerima 3.5 juta capaian sejak dilancarkan dua hari lalu.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, laman web 1pengguna.com “mengalami masalah” selepas mencecah sebanyak 300,000 hingga 400,000 capaian sehingga menyebabkan server portal itu terjejas.
Putrajaya melancarkan portal itu Selasa lalu dengan meletakkan senarai harga barang-barang keperluan.
Portal itu mempamerkan harga 355 jenis barangan di pasar raya besar, 100 jenis barangan di pasar raya, pasar basah (50) dan kedai serbaneka (100).
Sebarang perubahan harga akan dikemas kini secara harian.
Bagaimanapun kelmarin usaha untuk memperoleh maklumat daripada laman web itu gagal kerana terlalu sibuk.