Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Nov 18, 2012

New Life Journey

By Nash   Posted at  9:48 PM   Life No comments


Dah hampir 5 bulan aku berhijrah ke "tempat baru". Sedar tak sedar, cepat sungguh masa berlalu. Blog aku pun dah lama tak "update". Selalunya aku cuma "post" cerita daripada sumber² carian internet. Agak lama aku tak menulis tentang diri aku. Tapi hakikatnya diri aku tak penting untuk orang² di luar sana. Hahaha. Sedar pun. Nak dipendekkan cerita, di tempat baru, kawan² pun baru, orang² di sekitar kawasan kediaman aku pun baru, segala² nya baru kecuali jalan ceritera kehidupan yang tetap sama.

Semoga Allah kurniakan keadaan yang lebih baik bagi diri aku dan orang² terdekat di sekeliling aku. Sehebat mana perancangan kita, ingatlah perancangan Allah yang paling terhebat termasuklah di dalam pekerjaan. Hakikat yang masih ramai umat Islam di luar sana belum dapat menerima sepenuhnya, termasuk aku yang kadangkala terleka.

Anyway, good luck to myself and those out there in anything me & you do or plan to. Lain orang, lain objektif kehidupan, tapi percayalah, selagi kita sebagai Muslim, objektif kehidupan kita hanya satu, iaitu kepada-Nya.

Sekian untuk kali ini.....








May 9, 2011

Kadar Sara Hidup di Malaysia

By Nash   Posted at  6:48 PM   malaysia No comments
Setelah menjerumuskan diri dalam dunia pekerjaan, baru aku tahu makna kepayahan menanggung perbelanjaan sara hidup. Lebih lagi bila sudah mempunyai tanggunjawab menanggung orang lain. Cuma apa yang aku lihat kebelakangan ini, harga petrol semakin naik seperti RON97 yang kini mencecah RM2.90 se liter dan mungkin pada suatu ketika nanti golongan berpendapatan rendah dan sederhana mungkin tidak akan lagi mampu menggunakan petrol ini dan berubah kepada RON95 yang masih pada kadar RM1.90 seliter. Jadi RON97 hanya untuk golongan kaya, dan RON95 untuk golongan biasa. 

Nilai hartanah rumah pula semakin naik dari semasa ke semasa. Namun kadar pendapatan purata rakyat Malaysia masih berada pada kadar yang tidak selari dengan peningkatan tersebut. Harga² barangan keperluan lain juga semakin meningkat. Jadi apakah penyelesaian kepada isu tersebut? Seperti yang disarankan kerajaan, tukar gaya hidup anda! Namun cara hidup bagaimana yang harus kita ikuti? Bukankah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mengatasi masalah rakyat? Jika jawapan kepada isu tersebut hanya dengan mengubah cara hidup, maknanya rakyat yang menjadi punca kepada permasalahan tersebut?

Bukankah sepatutnya peningkatan terhadap pendapatan rakyat juga harus sejajar dengan peningkatan semasa barangan keperluan?

Mungkin aku terlalu banyak berfikir, kesudahannya, just follow the flow...hmmm

Feb 20, 2011

Liku-liku Kehidupan 2011....

By Nash   Posted at  12:18 PM   Life No comments


Lama betul aku tak "update" blog aku ini. Semenjak aku berkahwin, sekali-sekala sahaja aku menjenguk blog aku ini. Bukan kerana ketiadaan masa, tapi aku seperti kehilangan idea untuk menulis warkah kehidupan aku untuk tatapan pembaca. Apa² pun sudah hampir 3 bulan aku menjalani kehidupan berumah tangga. Buat masa sekarang aku masih tinggal berjauhan dengan isteri aku sehinggalah beliau mendapat kerja berdekatan dengan aku. Jadi bertambahlah rutin aku setiap bulan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami untuk menziarahi isteri ku. Namun itu bukan halangan kerana sudah menjadi tanggungjawab seorang suami selepas berkahwin.


Dalam masa yang sama, sudah 2 tahun 4 bulan aku bekerja di tempat aku kini. Pelbagai halangan, cabaran, ketidak puas hatian, etc. yang aku tempuhi sepanjang perjalanan tersebut. Tidak dinafikan, working life tidak selalunya indah seperti yang diharapkan, tapi "in the end" kalau tak kerja, mana nak dapat duit kan? So, just go through it with positive mind. Always pray to Allah S.W.T for better in future. Don't blindly follow your desire. Think everyone around you. Focus more on what u can do to improve yourself.


I'm not into to write too long. Just want to keep updating my blog. But I'll fix in new interesting information to share with all the readers out there. This blog just a piece of my 2 cents. Welcoming any positive ideas and comments!

Apr 17, 2010

Achik Spin Meninggal Dunia Akibat Kemalangan!!

By Nash   Posted at  9:01 PM   Life 2 comments


Aku terbaca kat forum² sebentar tadi yang menyatakan penyanyi yang popular dengan lagu Bola² Api dan pernah berpacaran serta selalu berduet dengan penyanyi Siti Nordiana, Achik Spin telah meninggal dunia akibat kemalangan di lebuhraya. Aku pun 'google' la forum² lain, banyak yang menyatakan perkara yang sama. Aku yang masih musykil kemudian disahkan sebentar tadi oleh saluran TV3, Achik Spin telah meninggal dunia dalam sebuah kemalangan berhampiran Perhentian Nilai, PLUS pada jam 7 malam tadi (17 April 2010). Achik yang menumpang kereta sahabatnya menaiki Toyota Estima dikatakan terbabas dan melanggar sign board lebuhraya. Arwah tersepit di dalam kereta yang terbakar. Nasib menyebelahi kawannya yang sempat merangkak keluar dari kereta.

So, sahihla, innalillah. Al-Fatihah buat arwah. Semoga ditempatkan dikalangan orang-orang beriman..

Apr 14, 2010

Perjalanan Manusia dan Liku-liku Hari Akhirat!

By Nash   Posted at  8:25 PM   Muslim No comments


Aku kongsi untuk tatapan semua. Gambar yang dipaparkan mungkin kurang jelas, tapi "click" gambar tu kemudian leh "zoom" bagi jelas. Marilah sama² kita sedar, insaf dan bertaubat selagi pintu taubat masih terbuka...

Apr 10, 2010

Komputer ku buat hal lagi!!!!!

By Nash   Posted at  10:22 PM   Life No comments


Aih, Khamis baru nih PC aku buat hal balik...Dah lama dah sejak last PC nih meragam sampai 'kong' 3 harddisk aku..aku balik dari kerja jek, on PC, OK jek semua, pastuh aku shutdown, pergi mandi, ON balik jek, HANG kat windows logo!! "Apsal lak nih..." aku try balik, tak boleh jugak. Try boot CD windows XP SP2 aku, 4 keping, tapi 2 keping wat hal, aku ingat PC aku buat hal sampai boot CD pun tak boleh. Terpaksalah aku campur² 2 keping CD tuh semata² nak format hard disk aku, yang penting aku dapat masuk Windows dulu, selamatkan file² penting aku. Akhirnya, aku berjaya gak login balik masuk windows, apa² pun aku backup dulu file² penting sebelum langkah seterusnya aku lakukan untuk membaiki komputer aku.

Tapi lepas aku selesai backup, dan repair balik, aku perasan lepas aku install driver, PC aku hang balik kat logo windows, pastuh kena restart balik, dan kena gunakan last setting that work, maksudnya setting sebelum aku install driver. "Apsal hang pulak nih?". Aku try install driver lain, hasilnya tetap sama, dan anggapan aku mesti windows aku nih buat hal sebab aku campur² CD. Aku try lagi hasilnya tetap sama. Nak download lak, tengah jalan komputer hang, pening aku!! "Nampak gaya kena cari CD barulah nih...". Aku ronda la kedai² dekat kawasan aku nih, satu pun takde jual CD software. "Takkan aku nak ke Ipoh beli sekeping CD jek, adusss!!!" Contact member aku, tak angkat telefon pulak, penyelesaiannya, aku guna DVD Vista yang aku tak berapa suka sebenarnya.

So, hari ini, dapat juga aku online kembali dengan selesanya (walaupun aku tak suka sangat guna Vista nih)huhuhu...

p/s : : Luahan hati aku di atas selepas beberapa hari tak meng'online'kan diri

Apr 5, 2010

Mayat Berjalan!!!!!

By Nash   Posted at  9:39 PM   Life 3 comments
Gila betul, de ker mayat berjalan balik sendiri. Aku dapat benda nih dari emel yang member aku hantar. Kalau betul la, maksudnyer isu tentang kehilangan mangsa, mayat yang tak dijumpai, dan yang seangkatan dengan nya dapat diselesaikan. Tak payah susah² cari, kalau mati je, mayat tuh balik sendiri sampai depan pintu!!

p/s : Tapi aku musykil satu je, kalau orang tuh mati kat tempat lain, lebih² lagi luar negeri atau negara, mayat tu balik macam mana? Naik flight ke? Berenang ke? Naik tongkang atau kapal ke?Hmmmm........


Di Kg Toradja (Indonesi) terdapat satu ilmu yg luar biasa dimana mereka boleh menjadikan mayat berjalan pulang ke rumah sendiri. kejadian berlaku disebuah daerah pendalaman Indonesia yg berbukit bukau. Jika ada kematian di kg Toradja maka mayat itu akan diberi kuasa hipnotisme supaya simati boleh pulang berjalan kaki dan hanya berhenti bila sampai dirumahnya. kuasa ini dibuat supaya tidak menyusahkan orang kg dari mengurus mayat tersebut.




Mar 16, 2010

Pain on my back, body..tired!!!!

By Nash   Posted at  7:36 PM   Life No comments


*Gambar sekadar hiasan, tapi aku penat pun, aku takdela nk wat sampai tahap camnih, buat malu kaum jek, hahaha

2-3 hari ni tak update blog aku, takder idea nak buh apa, 2-3 hari ni pun macam² hal kat plant, semua machine aku buat hal, nak cover sorang², pastuh ngan bos² nyer pe'el, balik pun takde mood, kepala dah pening, jenuh fikir kat tempat kerja, tak larat nak pikir apa² kat rumah...satu badan sakit, terkejar sana sini dalam plant, naik turun tangga (setakat umah 2-3 tingkat tuh aku pejam mata jekla, hahaha)....kesian kat aku..huhu...tapi nak buat macam mana, dah nama pun kerja, nak tak nak kena la buat. Nantilah ada masa, aku nampak, ter"fikir", idea atau perkara² menarik, aku letakla dalam posting blog aku, dan kepada semua pelawat² yang sudi memeriahkan blog aku, selamat datang jutaan terima kasih kerana sudi melawat blog yang tak seberapa ni (merendah diri la lak, kui kui kui). Apa² pun, aku nak chow dulu, nak mandi, nak solat...

(^__^)

Mar 8, 2010

Bukti Dunia Semakin Panas!!!

By Nash   Posted at  3:40 PM   Life No comments


Panas betul sampai polar bear pun cukur bulu di badan..hehe

Aku rasa ramai orang merasai perubahan cuaca mendadak negara Malaysia sekarang ini. Kehangatan dan kebahangan yang semakin dirasai saban hari menyebabkan banyak kedai² minuman di tepi² jalan di banjiri umat manusia yang ingin menghilangkan dahaga di tekak dan menyejukkan badan lebih² dengan iklim Khatulistiwa menjadikan suhu lebih tinggi dari tempat² lain seperti di negara beriklim sejuk. Dan jika di Malaysia dengan cuaca panasnya, di negara² lain tidak ketinggalan dengan bencana alam seperti gempa bumi, salji dan hujan teruk hingga menyebabkan kerugian berjuta² ringgit, kehilangan beribu² nyawa dan tempat tinggal. Dan ini semua adalah natijah tangan manusia sendiri yang mengejar kemewahan, pembangunan, teknologi, dan lain² lagi tanpa mengira kesan yang akan diberikan kepada alam sekeliling. Bagi aku, ini juga ingatan dari Allah S.W.T yang dunia sekarang ini sudah menghampiri kiamat. Jadi jangan mengeluh di sebalik kepanasan, kebahangan, dan kehangatan mentari kerana ini hanya sedikit sahaja berbanding dengan kepanasan di padang Masyar kelak. Perbanyakan amalan sebelum terlambat, jangan sibuk mengejar kecantikan, kemewahan, harta, dan wang ringgit sebab semua tuh tak kekal. Memangla hidup hanya sekali, sebab sekalila kena kejar akhirat yang kekal itu, yang nikmatnya kekal selama²nya, bukan dunia yang hanya untuk 60-70 tahun atau mungkin kurang, mungkin hanya sampai hari ini. Anda pasti esok anda tetap akan hidup seperti hari ini? Renung²kan dan selamat beramal!!!

p/s: Aku ingat mula² nak komen video atas tu jek, tapi sekali dah berceramahla lak...haha, tapi takpe, ingatan untuk diri aku sendiri dan orang lain...

Mar 5, 2010

Kerja VS Family....

By Nash   Posted at  11:07 PM   Life No comments
Baca dan hayati artikel di bawah...

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,



Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,


Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,


FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?

FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

Feb 27, 2010

Filem Ni Yang Merapik!!!

By Nash   Posted at  11:28 PM   Life 1 comment



Haha, as per title above....hari ni aku bawa family aku gi tengok wayang. Dah lama sangat aku rasa ibu aku tak tengok wayang, last masa aku sekolah rendah kot. So, di kesempatan aku bercuti ni, aku bawala diorang bersiar² sat kat Kinta City. Genre filem pilihan kali ini adalah seram (tapi lepas tengok aku rasa lebih berunsur komedi, haha) dan filem yang terpilih adalah Niyang Rapik. Secara tidak langsung aku telah menyumbang sebanyak rm50 untuk industri perfileman Malaysia. Majulah filem Malaysia!!!

Sampai sana ingat nak beli tiket pukul 5.20, sekali dah habis!! Adik² pompuan aku gi bantai beli pukul 7.20pm. Aku dah tersedu sebab dah dekat Maghrib dah time tuh. Oleh kerana dah beli tiket, so kenala tengok kan. Tapi apa² pun, solat mesti di utamakan dalam apa jua keadaan. Tak kisahla masuk lambat pun, janji perkara yang wajib kita dah selesaikan dahulu. Hampir setengah jam gakla lewat masuk. Tapi yang aku konpius, dalam tuh dah penuh dengan manusia yang sedang leka menonton dah hampir semuanya Melayu!! Persoalan yang muncul dalam kepala otak aku mase tu tak lain tak bukan "Masa bile lak diorang nih solat Maghrib? Cerita 7.20pm, Maghrib pukul 7.31pm. Aku rase mungkin diorang jemaah dalah tuh sebelum cerita tuh bermula". Apa² pun, aku tak nak la komen lebih². Takut mendatangkan fitnah.

Jadi berbalik kepada cerita tuh lak, masuk² aku tengok jek dah der part yang lawak. Lagi² Shaheizy. Aku dah boleh bajet cerita nih gempak lebih jek masa promosi. Tapi aku tetap menyokong industri perfileman tempatan!! Dan di pertengahan cerita boleh pulak audio tiba² bisu sepi, ghaib (mungkin angkara badi cerita seram tersebut, hahaha). Apa lagi, bisingla mamat² dalam tuh. Selepas hampir 10-15 minit baru der balik suara. Tapi apa yang aku dapat simpulkan keseluruhan jalan cerita takdela berapa menyeramkan seperti yang diwar²kan di dada² akhbar dan kaca televisyen. Lebih kepada komedi + seram sikit². Jadi, kepada yang nak pergi menonton filem tuh, aku syorkan bawalah keluarga. Memang terhibur dan untuk tontonan umum. Yang sakit jantung ke, lelah ke, asma ke, etc. pun boleh gi tengok.

p/s : Masa balik dari TGV tu, aku selisih dengan bos aku dekat eskalator, tapi mujur dia tak nampak aku, dan aku memang seboleh²nya tak nak dia nampak aku, hahaha.

(^__^)

Jan 30, 2010

The Most Colourful River In The World

By Nash   Posted at  4:34 PM   Life No comments
Another e-mail, but i got this from my big boss....sharing is caring...


The Most Colourful River In The World

The river shown in the photographs is the Caño Cristales, which is located near the town of La Macarena in Columbia, South America. The river, world famous for its colourful display, has been called "the river that ran away to paradise", "the most beautiful river in the world" and "the river of five colours".
During Colombia's wet season, the water flows fast and deep, obscuring the bottom of the river and denying the mosses and algae that call the river home the sun that they need. And during the dry season there is not enough water to support the dazzling array of life in the river. But during a brief span between the wet and dry seasons, when the water level is just right, the many varieties of algae and moss bloom in a dazzling display of colors. Blotches of amarillo, blue, green, black, and red - and a thousand shades in between - coat the river.
The part of the river where the colourful blooms occur is quite isolated and is not accessible by road. Adventurous tourists can now fly into La Macarena and then make their way to to the river site on foot as part of guided tours. The site was effectively closed to tourists for several years because of guerrilla activity in the region along with concerns about the impact of unregulated tourist traffic. However, the site was reopened to visitors in 2009. So far, some 1,000 people have visited Caño Cristales, including around 100 foreign tourists.

The tours will follow four clearly marked and authorized paths and one is no longer permitted to stay overnight or cook, as this was ruining the area previously.









Jan 24, 2010

Life Direction....

By Nash   Posted at  10:46 PM   Life No comments


One year already passed since I start to enter working life. I'm still searching what I'm going to do with my career, my life, etc. This year I’ll getting married, then what? My jobs? I don’t know for how long I can stay there. My enthusiasm, my passion towards my work at this time become slowly fading. The environment doesn’t induce me to become more aggressive. Tired with all management manners, always ask for more, but don’t prepare to give more. My focus now is to seek out more stable career for my future growth. Money is do important but not everything for me. What I need is stability. An opportunity that allow me to have my own life, have time do what I want to do, a good or fair return to what I’ve contributed etc. I know that I can’t have all that in same time but at least, either of it is fine with me. At least fair and square. If not, what purpose u sacrifices if u can’t get any good return from it? And tomorrow my life will still keep on moving with the time flow. Many things need to be done tomorrow. I pray to Allah to bless me in everything I do, give me strength to overcome each obstacle, guide me to correct path and help me in my aspiration. Hope I’ll find happiness along the way…

(^__^)

Jan 8, 2010

Journey to Penang....

By Nash   Posted at  10:14 PM   Life No comments
7 Januari sekali lagi aku berjalan ke Penang bertemu si 'dia'..hehe, dan seperti biasa, aku naik bas kuning di Medan Gopeng kerana tertarik kepada penjual tiket di kaunter yang memanggil-manggil setiap orang yang lalu di hadapan kaunter mereka tanpa mengerti jerih pedih tekak memekik "Butterworth, KL, Parit Buntaq", "Abang nak pergi mana?" dan yang sewaktu dengannya.

Selama ini aku tak pernah la nak komplen dalam blog aku tentang kualiti perkhidmatan mereka (walaupun selalunya aku tak berapa nak puas hati sebenarnya), tapi kali ini aku nak komen sebab perjalanan aku kali ini mengambil masa 3 jam hanya kerana berhenti lama di hentian rehat mana ntah (aku tak perasan, tapi yang pasti sebelum bukit merah), untuk menurunkan penumpang ke Kulim menaiki bas yang lain. Aku pun tak faham la, macam mana diorang ni 'arrange' jadual perjalanan, mungkin semata-mata untuk mengaut keuntungan, mereka aturkan penumpang sedemikian rupa.

On the other hand, memangla baik untuk penumpang sebab mereka boleh terus meneruskan perjalanan ke destinasi tujuan tanpa halangan selepas itu, tapi yang aku musykil kenapa pada awal nya mereka campur penumpang2 berlainan destinasi di dalam satu bas? Adakah hanya untuk memenuhkan tempat duduk dan melancarkan penjualan tiket? Walau apa pun alasannya, aku tetap tak puas hati sebab perjalanan itu mengambil masa lebih 1 jam dari perjalanan biasa....So kesimpulan aku, kalau sesiapa yang terdesak ke nak cepat or etc., don't expect it when you are on this bus, just sit quietly and enjoy your journey, forget to reach it on time u expect to arrive...hehe




(^__^)

Dec 31, 2009

Tahun Baru 2010....

By Nash   Posted at  9:27 PM   Life No comments


Tak kurang 2 jam 30 minit, tahun 2009 akan meninggalkan kita, dan 2010 bakal menjelma. Bagi tiada yang istimewa pun dengan kedatangan 2010 nih kecuali nombor 2009 tuh dah bertukar jadi 2010 dan 15 Muharram 1431 Hijrah. Azam tahun baru masa 1 Muharram jek, so no azam baru for this 2010 new year..haha..tapi as Muslim, we should celebrate our own Islamic calendar, Hijriah, bukan agung² kan 2010, kalendar Gregorian. Tapi apa² pun, 1430 Hijrah dan tahun 2010 menandakan kita semakin hampir kepada akhir zaman, semakin hampir ke penghujung waktu dunia, semakin hampir dengan kiamat, dan paling penting semakin hampir dengan waktu kematian kita yang tak tau bila. Jadi, kita sepatutnya perbanyakkan muhasabah diri, perbetulkan diri untuk lebih baik dari tahun sebelumnya. Dosa² lama tu dah cover ke? Puasa² dan solat² yang tertinggal tuh dah ganti ke? Last but not least, aku tetap ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua, yang pergi sambut tahun baru tu ingat² la, jangan sampai melampaui batas keseronokan yang dinikmati hingga lupa diri.

(^__^)

Dec 21, 2009

Salam Maal Hijrah 1430

By Nash   Posted at  9:38 PM   Life No comments


Jumaat lalu umat Islam di seluruh Malaysia menyambut tahun baru bagi kalendar Hijrah, kalendar umat Islam. Tapi aku tak sempat nak update blog aku ni pada 1 Muharram 1430 tu kerana ber'hijrah' ke KL selama 3 hari untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan² ku, Azhar a.k.a Boy dan Norman. Selamat Pengantin Baru kepada Boy dan Norman dan Selamat Menyambut Maal Hijrah. Rakan² ku itu telah pun selamat berhijrah dari alam bujang ke alam rumahtangga. Tak lupa juga kepada rakan² yang lain, Effendy tajuddin, Anis, Hafiz, dan ramai lagi yang tak dapat nak aku senaraikan di sini.

So, pe azam korang tahun baru ni? Sebagai umat Islam, azam tahun baru sepatutnya bermula pada 1 Muharram, bukan 1/1/2010. Maksud aku, sambutan kita tahun baru sepatutnya ikut kalendar Islam. Bagi aku, aku nak cuba berubah kepada yang lebih baik lagi tahun baru ni dari semua segi, majukan diri aku lagi, untuk keluarga aku, diri aku sendiri, dan alam rumah tangga yang bakal aku lalui selepas ini. Setahun di alam pekerjaan, aku masih lagi merenung masa depan aku. Belum stabil sepenuhnya. Jadi aku perlu buat sesuatu....mungkin hijrah adalah jawapannya. Tapi aku masih menunggu, menanti saat yang sesuai untuk melakukannya. Doaku cuma rezeki yang aku perolehi sentiasa halal dan diberkati dan ditabahkan hatiku mengharungi liku² kehidupan di alam fana ini. Amiinn



Oct 20, 2009

:*: How to make a woman happy...

By Nash   Posted at  2:50 PM   Life No comments
Lagi emel untuk dikongsi bersama....







It's not difficult to make a woman happy.

A man only needs to be:


1. a friend
2. a companion
3. a lover
4. a brother
5. a father
6. a master
7. a chef
8. an electrician
9. a carpenter
10. a plumber
11. a mechanic
12. a decorator
13. a stylist
14. a sexologist
15. a gynecologist
16. a psychologist
17. a pest exterminator
18. a psychiatrist
19. a healer
20. a good listener
21. an organizer
22. a good father
23. very clean
24. sympathetic
25. athletic
26. warm
27. attentive
28. gallant
29. intelligent
30. funny
31. creative
32. tender
33. strong
34. understanding
35. tolerant
36. prudent
37. ambitious
38. capable
39. courageous
40. determined
41. true
42. dependable
43. passionate
44. compassionate

WITHOUT FORGETTING TO:

45. give her compliments regularly
46. love shopping
47. be honest
48. be very rich
49. not stress her out
50. not look at other girls

AND AT THE SAME TIME, YOU MUST ALSO:

51. give her lots of attention, but expect little yourself
52. give her lots of time, especially time for herself
53. give her lots of space, never worrying about where she goes

IT IS VERY IMPORTANT:

54. Never to forget:
* birthdays
* anniversaries
* arrangements she makes


HOW TO MAKE A MAN HAPPY

1. Show up naked

2. Cook some nice food

Oct 5, 2009

Life as a Guy...

By Nash   Posted at  11:49 PM   Life No comments



Very nice and humor even it's old post video actually...just want to share with all guys out there..

(^__^)

Oct 1, 2009

Bahana Mercun...

By Nash   Posted at  9:34 PM   Life No comments


Nih la akibat main mercun, ada sapa² lagi nak kudung tangan, main la...hehehe, tak serik², dahla 'bakar' duit, membazir, raya memangla setahun sekali, tapi tangan satu tuh jek seumur hidup.

"Membazir Amalan Syaitan..."


(^__^)

2007 Tokyo Motorshow

By Nash   Posted at  9:24 PM   Life No comments




Well, even it's old motorshow, it just nice to see all the girls at motorshow, even in Kuala Lumpur. Every motorshow will have the beautiful and sexy ladies. Everyone just go there to 'cuci mata', to see the cars and the nice hot girls, am i right?

(^__^)

Back to top ↑
Connect with Us

    Demi Masa..


    Powered By Nash
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Followers

    About Me

    My Photo
    Nash
    Hmm...I not really expert in describing about myself, why don't u tell me...(^__^)
    View my complete profile

    Chatbox

    Advertisement

    Live Traffic Feed

    Music

    Happy-o-Meter!!!

    Value

What they says

Nothing much regarding this blog, just to fulfill my free time rather than sit doing nothing in front of my pc. So feel free to look around and leave comments or whatever that come across inside your mind.

Cheers!!(^__^)
© 2013 My Official Blog. WP Mythemeshop Converted by BloggerTheme9
Blogger templates. | Distributed by Rocking Templates Proudly Powered by Blogger.