Seriau aku tengok eksiden nih, memang dah ajal, tapi kesian gak la kat mangsa kemalangan nih, tengah isi minyak pun boleh kena langgar dengan kereta. Jadi kepada semua di luar sana (termasukla aku), isi minyak tuh tengok² gakla sekeliling anda. Ini juga sebagai tanda peringatan yang maut datang tak kira masa dan tempat, perbanyakkanla amalan, jangan leka dengan duniawi nih sampai kewajipan kepada Allah S.W.T diabaikan. Tak semestinya hari ini kita hidup gembira, akan berterusan keesokan harinya....
"atas permintaan dan sensitiviti, aku delete video nih....."
KUALA LUMPUR: Malang buat seorang lelaki yang sedang mengisi minyak keretanya apabila maut selepas dilanggar sebuah kereta yang terbabas akibat kemalangan di stesen minyak di Jalan Cheras, Taman Midah di sini.
Dalam kejadian jam 10.30 malam kelmarin itu, mangsa Mohd Yusri Abdul Wahab, 32, yang parah di keseluruhan kepala dan badannya dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sebelum disahkan meninggal dunia jam 2.15 pagi semalam.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning, berkata lelaki itu mengisi minyak dilanggar sebuah kereta Hyundai Getz.
“Ketika itu mangsa baru sampai ke stesen minyak itu sebelum keluar daripada Proton Iswaranya.
“Siasatan awal mendapati Hyundai Getz itu dipandu seorang perempuan berusia 23 tahun. Kenderaan itu terbabas selepas terbabit satu lagi kemalangan dengan sebuah kereta di jalan raya berhampiran stesen minyak itu.
“Namun, pemandu wanita itu hanya cedera ringan” katanya di sini, semalam.