Jun 9, 2010

Cameron Highland (Aduan Rakyat)

By Nash   Posted at  9:07 PM   Real Issues 2 comments



Selepas beberapa episod dan juga dibangkitkan dalam rancangan televisyen lain tentang kerakusan melapah tanah Cameron Highland sesuka hati untuk tujuan mengaut keuntungan peribadi, aku menjadi musykil lebih² lagi paparan yang ditayangkan pada malam (aku sedang menonton rancangan tersebut). Bagaimana perkara² sebegini ini hanya disedari oleh pihak berkuasa tempatan hanya selepas diberitahu oleh rancangan tersebut? Sedangkan apa yang aku lihat, aktiviti² itu bukanlah tersorok sangat sampai tak nampak, tepi² jalan pun ada, termasuk pembinaan berskala besar yang dipaparkan pada malam ini.

Takkan seorang pihak berkuasa tempatan pun tak perasan aktiviti² ini? Dan yang aku pasti, perkara² ini bukan hari ini atau bulan lepas baru berlaku. Mendengar komen salah seorang pegawai yang menyatakan dia baru sahaja tahu tentang perkara tersebut, aku menjadi lagi musykil, sibuk sangat ke sampai tak tahu tentang projek yang boleh dikira berskala besar tu? Ada seorang saja ke yang bekerja dalam jabatan tersebut? Sebab perkara tersebut, tidak kira apa pun alasannya, ianya tetap tanggungjawab mereka yang diambil bekerja menjawat jawatan tersebut. Tiada alasan yang boleh diterima kerana anda dibayar gaji untuk bekerja. Bukan percuma.

Terpulang kepada individu itu samada nak melakukan nya atau tidak. Aku bukan nak menyalahkan seratus peratus ke atas PBT, tapi itu tanggungjawab diorang. Takkan tanggungjawab orang lain kot. Kalau orang lain boleh tahu, ambil inisiatif nak laporkan, baik ambil orang tuh je bekerja. Aku malas nak komen panjang lebar lagi. Cukupla setakat itu. Tepuk dada, tanya la dada anda, haha.

p/s: Tapi kalau memang setakat duduk pejabat jek, itu aku boleh terima la alasan. Bercakap tanpa tindakan (No Action, Talking Only), hasilnya serupa macam tak buat apa².

About the Author

Hmm...I not really expert in describing about myself, why don't u tell me...(^__^).
View all posts by: Nash

2 comments:

Anonymous said...

cameron highlanda dah x sesejuk dulu..
sedih!

Nash said...

aah...sejuk biase² jek, huhu..

Back to top ↑
Connect with Us

    Demi Masa..


    Powered By Nash
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Followers

    About Me

    My Photo
    Nash
    Hmm...I not really expert in describing about myself, why don't u tell me...(^__^)
    View my complete profile

    Chatbox

    Advertisement

    Live Traffic Feed

    Music

    Happy-o-Meter!!!

    Value

What they says

Nothing much regarding this blog, just to fulfill my free time rather than sit doing nothing in front of my pc. So feel free to look around and leave comments or whatever that come across inside your mind.

Cheers!!(^__^)
© 2013 My Official Blog. WP Mythemeshop Converted by BloggerTheme9
Blogger templates. | Distributed by Rocking Templates Proudly Powered by Blogger.