Mar 4, 2010

Part-time work!!

By Nash   Posted at  8:00 PM   Real Issues No comments

Aku nyaris nak transfer duit ke akaun untuk kerja part time menaip (aku bajet cam data enntryla, dulu der pengalaman wat data entry nih), tapi selepas aku membuat sedikit penyelidikan ke atas pekerjaan ni menerusi pertolongan uncle "GOOGLE", aku terjumpa la banyak komen² kurang memberangsangkan tentang skim ni. So aku just sharela serba sedikit tentang khidmat tersebut di sini. Aku bukanla nak menutup periuk nasi orang lain ke pe, tapi aku cuma nak kongsi apa yang aku dapat tentang benda ni. Jika ianya didapati tidak benar dan ada orang yang tampil nak bagi penjelasan kukuh kat blog aku, aku akan tarik balik la artikel ni. Tapi jika ternyata dakwaan tersebut adalah memang benar, sekurang²nya aku harap aku dapat memberi peringatan kepada orang lain.

Sumber komen<---click here (aku bagi forum ni sebab ramai yg bagi feedback, so please go through all the comments!!!)

Maklumat Lebih Lanjut tentang servis tersebut<---click here



SEPATAH KATA DARI PENAJA


Terima Kasih Di Atas Perhatian Anda!


Salam Sejahtera,


Hi, Saya Norhazlin, Penaja Pekerjaan Menaip Dirumah, dengan ini ingin mengalu-alukan minat saudara/i untuk menyertai program kami.


Untuk makluman anda, program ini beroperasi dibawah kendalian Syarikat Autumn Paradise Sdn Bhd (734093-W), beribu pejabat di No 3-27B Blok L Jalan Desa 2/4 Desa Aman Puri, 52100 Kepong , MALAYSIA .


Mula ditubuhkan pada tahun 2006,syarikat ini telah berkembang dan telah menawarkan pekerjaan kepada lebih 2,500 orang ahli. Operasi syarikat kami banyak tertumpu kepada khidmat pengurusan kerja-kerja pejabat secara online dan juga offline.

Tujuannya adalah untuk mengurangkan kos operasi sesebuah syarikat dimana mereka tidak lagi perlu menggaji pekerja sebaliknya hanya perlu mengupah kami untuk melakukan kesemua kerja-kerja menaip dan urusan pejabat bagi pihak mereka.

Secara tidak langsung mereka bebas dari tanggung jawab untuk menjaga kebajikan pekerja seperti membayar wang KWSP, tuntuan kerja lebih masa, cuti dan sebagainya. Apa yang mereka tahu kerja akan disiapkan oleh kami pada masa yang telah ditetapkan.


Dengan ini juga, mereka boleh menumpukan sepenuh perhatian mereka kepada usaha-usaha untuk mengembangkan lagi pasaran dan meneroka peluang-peluang perniagaan yang sedia ada di dalam negeri mahupun diluar negara.


Berkembangnya perniagaan mereka, maka bermakna lebih banyak pekerjaanya yang kami terpaksa lakukan. Dari itu, pertolongan dari saudara/i amatlah diperlukan.


Maklumat lanjut berkenaan pekerjaan-pekerjaan yang ditawarkan ini, adalah seperti di TAWARAN KERJA MENAIP yang disertakan bersama-sama di bawah ini.


Walau bagaimanapun, jika anda masih lagi memerlukan penjelasan lanjut,setelah membaca TAWARAN KERJA MENAIP ini,anda juga dipelawa untuk mengajukan sebarang soalan berkaitan kepada saya di alamat email: fast_advertise@yahoo.com


Sekian, Terima kasih.


Selamat Bekerja & Untung Bersama.


Norhazlin Ibrahim

Autumn Paradise Sdn Bhd

EMAIL: fast_advertise@yahoo.com

http://autumnparadise.teach-nology.com/


TAWARAN KERJA MENAIP


Pemohon Sekalian,


Terima kasih kerana memohon.

Dengan bangganya, kami ingin memaklumkan bahawa, permohonan anda untuk bekerja dan seterusnya mendapat bayaran dari kami adalah dengan ini DITERIMA.



TAHNIAH!!!

Anda akan dibayar berdasarkan pekerjaan yang anda lakukan untuk kami seperti:

1- Menghantar email iklan bagi pihak kami

2- Kerja-kerja perkeranian berkaitan penghantaran iklan

3- Melayari internet Untuk kami dan mendapat bayaran

4- Atau anda beritahu kami kebolehan anda dan kami akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi keperluan anda


Kerja-kerja ini yang 99% adalah berdasarkan kerja MENAIP,adalah mudah dan senang untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja yang berminat.


Selain itu, kami juga menawarkan latihan & tunjuk ajar secara on-line bagi mereka yang memerlukan, dan ia adalah PERCUMA. Ini secara tidak langsung dapat membantu mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran anda dibidang IT dan Internet.


BERAPA BANYAK BAYARAN YANG ANDA AKAN PEROLEHI???


Itu semua terpulang kepada anda. Jika anda rajin dan berdedikasi, pulangan sebanyak USD1000 atau RM3,800 sebulan/mingguan/harian tidak menjadi masalah.


Untuk Proses Pembayaran, kami akan melakukannya pada setiap 15th hb setiap bulan ke akaun bank anda. Butiran lanjut mengenai akaun bank anda akan kami minta sebelum anda memulakan tugasan nanti.


Selain itu, kami juga terlibat secara langsung dengan akaun bank luar pesisir melalui internet seperti Paypal, Stormpay dan sebagainya, untuk memberi lebih perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan kami dan anda


Kepada mereka yang menunjukkan prestasi yang cemerlang, peluang kenaikan pangkat kepada Penyelia (Supervisor), Pengurus dan sebagainya juga ada disediakan.


Program Kerja Menaip yang kami sediakan ini pada dasarnya adalah percuma, tetapi disebabkan beberapa kerenah pekerja terdahulu seperti meninggalkan tugasan yang diberi separuh jalan dan tidak bersungguh-sungguh, maka pihak pengurusan syarikat sepakat utk memperkenalkan Konsep deposit wang Cagaran (refundable deposit) kepada semua bakal pekerja baru.


Melalui konsep ini setiap peserta yang benar-benar berminat, dikehendaki untuk membuat bayaran deposit wang Cagaran (refundable deposit) sebanyak USD20.00 atau RM50.00 dimana wang yg dibayar ini akan dipulangkan balik kepada anda sebaik sahaja pendapatan bulanan anda mencecah RM100. Jumlah ini bolehlah dianggap kecil jika dibandingkan dengan perolehan bulanan anda nanti yg boleh mencecah sehingga RM3,800 sebulan.

Kami percaya melalui tugasan pertama sahaja anda sudah mampu untuk mencapai had minima yg ditetapkan ini dan seterusnya memperolehi kembali wang cagaran beserta pendapatan bulanan anda itu nanti.


Diharap anda memahami kedudukan kami yang terpaksa melayan ratusan pelanggan setiap hari.


Dari itu, hanya mereka yang berminat, dan mempunyai keinginan yang tinggi SAHAJA akan diberi TUGASAN ini.


Jadi Buktikanlah kesungguhan anda dalam menerima pekerjaan ini.


HARUS DIINGAT JUGA!!! TAWARAN KERJA MENAIP INI HANYA SAH UNTUK TEMPOH 3 HARI SAHAJA, BERMULA DARI TARIKH SURAT INI DIHANTAR, KEPADA ANDA.


Kami menanti pengesahan dari anda.


Terima kasih

Norhazlin Ibrahim

Autumn Paradise Sdn Bhd

http://autumnparadise.teach-nology.com/


Nota: Jika masih tidak jelas dengan penjelasan yang diberikan, saya ingin mempelawa anda, untuk mengikuti – “Soalan Yang Kerap Ditanya (FAQs) Oleh Pemohon-pemohon yang lalu dibawah ini.

BAGAIMANA UNTUK MELAKUKAN PEMBAYARAN DEPOSIT WANG CAGARAN (REFUNDABLE DEPOSIT)?


1- Jika anda berada di Malaysia , Brunei , Singapura dan Filipina, Anda boleh melakukan pembayaran terus ke akaun seperti dibawah ini:

BANK : MAYBANK

ACCOUNT NO: 562553402447

TO: NORHAZLIN IBRAHIM

JUMLAH PEMBAYARAN: RM50.00


atau


BANK : CIMB

ACCOUNT NO: 14060540697526

TO: NORHAZLIN IBRAHIM

JUMLAH PEMBAYARAN: RM50.00


SETELAH ANDA MENYELESAIKAN PEMBAYARAN DIATAS, SILA EMAILKAN KEPADA SAYA BUTIRAN SEPERTI BERIKUT SECEPAT YANG MUNGKIN:


1- Tempat bayaran dibuat

2- Tarikh dan masa bayaran dibuat

3- NO RESIT ATAU NO REFERENCE PEMBAYARAN


Selain itu, sila simpan slip pembayaran utk tujuan pengesahan kelak (jika diperlukan)


SETERUSNYA SAYA AKAN MENYEDIAKAN TUGASAN/KERJA MENAIP UNTUK ANDA LAKUKAN DENGAN SECEPAT YANG MUNGKIN SETELAH MENGESAHKAN PEMBAYARAN BERKENAAN DIBUAT DAN ANDA JUGA BOLEH MEMULAKAN KERJA PADA HARI YANG SAMA.


Terima Kasih.

SOALAN YANG KERAP DITANYA -FAQs


1. Kenapa Pembayaran sebanyak RM50.00 sebagai deposit wang cagaran penyertaan harus dikenakan?

ð Ini adalah untuk memastikan, hanya yang benar-benar berminat dan ingin bekerja sahaja diberi kerja/tugasan. Kami tidak mahu membuang masa dan tenaga kami memberi tunjuk ajar, bantuan dan nasihat kepada mereka yang tidak berminat. Ini telah berlaku kepada kami pada masa lepas dan kami tidak mahu mengulangi peristiwa yang sama berulang kembali.

ð Sebaik sahaja pendapatan bulanan anda mencecah RM100, wang cagaran penyertaan anda akan dipulangkan semula beserta dengan pendapatan anda utk bulan berkenaan.

Setelah itu anda boleh bekerja secara tetap dari bulan ke bulan tanpa

dikenakan sebarang cagaran bayaran lagi dan boleh terus bekerja dan

mendapat bayaran dari kami.

Jika anda melakukan tugasan yg diberi seperti yang diminta, saya jamin

pada bulan pertama sahaja anda sudah mampu memperolehi semula

cagaran wang penyertaan anda itu.


2. Bolehkah saya bekerja dahulu dan cagaran wang penyertaan berkenaan dipotong

dari pendapatan saya kelak?

ð Tidak. Kami tidak mengamalkan dasar memotong pendapatan pekerja kami. Bayaran akan dilakukan secara penuh pada setiap awal bulan.


3. Bagaimana kami dapat mengesahkan yang anda beroperasi secara sah dan tidak menipu?

ð Untuk makluman anda semua, kami juga mengiklankan peluang pekerjaan ini melalui Akhbar-akhbar Utama di Negara ini, seperti The Star, Utusan Malaysia dan sebagainya. Untuk melayakkan kami mengiklankan di akhbar, kami terlebih mestilah sebuah syarikat yang berdaftar. Jika anda inginkan kepastian, pihak kami bersedia untuk memberikan no. pendaftaran kami.

ð Selain itu harus diingat, No account yang diberikan itu adalah dibuka di Malaysia . Seperti yang disyaratkan oleh kerajaan Malaysia , tiada sesiapa dibenarkan membuka account bank jika tiada kad pengenalan.


4. Bagaimana saya boleh memperolehi tugasan yang disediakan? Apa kadar bayarannya?

ð Kesemua tugasan akan di emailkan kepada peserta sebaik sahaja, pihak kami mengesahkan pembayaran yuran pendaftaran sebanyak RM50.00 itu telah dilakukan.

ð Bayaran: Bergantung kepada tugasan yang diberikan.

Dari serendah RM1.00 untuk setiap email address yang lengkap

sehinggalah RM40.00 untuk setiap helaian yang ditaip.

5. Adakah resit bayaran dikeluarkan setelah melakukan pembayaran?

ð Ya.Biasanya pada hari yang sama dengan tarikh pemberian tugasan kerja dirumah.


6. Adakah apa-apa bayaran tambahan lagi dikenakan, selain dari cagaaran wang penyertaan?

ð Tidak. Kami disini bukannya meminta anda menjual sesuatu. Kami cuma mahu anda bekerja dengan kami. Lebih banyak pendapatan yang anda perolehi, begitulah juga ianya meningkatnya pendapatan kami. Inilah yang dinamakan “Win-win Situation”

7. Adakah ditetapkan waktu bekerja tertentu dalam sehari atau tempoh masa bekerja tertentu dalam seminggu yang mesti dipenuhi?

ð Sesungguhnya tiada. Andalah yang menetapkan semuanya, bila mahu bekerja dan berapa lama. Yang penting anda dapat menyelesaikannya dalam tempoh masa yang diberikan. Jika lebih yang anda buat lebihlah juga pulangan yang akan anda perolehi.

ð Selain itu,kami bayar berdasarkan apa yang anda buat. Dengan kata lain kami adalah boss anda.Menariknya anda tidak akan dibuang kerja, selagi terdaya anda boleh melakukan kerja ini dan dibayar. Jika tiada kerja dilakukan maka tiadalah bayarannya. Ianya semua bergantung kepada usaha anda.


8. Kenapa ada tamat tempoh (dateline) untuk menerima tawaran bekerja ini?

ð Kami sendiri mempunyai banyak urusan kerja dan jadual harian yang ketat dan mesti dipenuhi. Dari itu, tawaran hanya dibuka untuk tempoh waktu tertentu sahaja agar kami dapat mengambil jumlah pekerja yang dikehendaki dalam tempoh masanya sahaja. Jika melewati masa yang telah ditetapkan, kami tidak dapat melayan permintaaan anda kerana terpaksa menumpukan perhatian kepada urusan kerja yang telah disebutkan tadi. Harap anda benar-benar menghargai peluang yang diberikan.

Sekian.


Nota: Untuk makluman anda semua, maklumat diatas akan dikemaskinikan berdasarkan maklumbalas yang diberikan oleh para pekerja dari semasa ke semasa.


About the Author

Hmm...I not really expert in describing about myself, why don't u tell me...(^__^).
View all posts by: Nash

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

    Demi Masa..


    Powered By Nash
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Followers

    About Me

    My Photo
    Nash
    Hmm...I not really expert in describing about myself, why don't u tell me...(^__^)
    View my complete profile

    Chatbox

    Advertisement

    Live Traffic Feed

    Music

    Happy-o-Meter!!!

    Value

What they says

Nothing much regarding this blog, just to fulfill my free time rather than sit doing nothing in front of my pc. So feel free to look around and leave comments or whatever that come across inside your mind.

Cheers!!(^__^)
© 2013 My Official Blog. WP Mythemeshop Converted by BloggerTheme9
Blogger templates. | Distributed by Rocking Templates Proudly Powered by Blogger.