Jun 16, 2010

Jom Makan Durian di Hentian Bukit Gantang!

By Nash   Posted at  9:16 PM   Real Issues No comments


16/06/2010 7:00pm


IPOH 16 Jun – Hanya bayar RM9.90 seorang dan orang ramai boleh menikmati seberapa banyak durian di Hentian Sebelah Bukit Gantang (arah selatan) di KM 225 Lebuh Raya Utara-Selatan selama tiga hari mulai Jumaat ini.


Kanak-kanak bawah enam tahun pula boleh makan percuma, menurut kenyataan PLUS Expressway Berhad (PLUS) hari ini.


Pesta yang dikenali sebagai ”Jom Makan Durian” anjuran PLUS diadakan bersempena musim durian di kawasan sekitar Bukit Gantang.


"Ia juga bertujuan memeriahkan serta mempromosikan buah-buahan tempatan serta Hentian Sebelah Bukit Gantang sebagai salah satu destinasi penjualan buah-buahan tempatan di lebuh raya PLUS,” menurut kenyataan itu lagi.


Turut diadakan sempena pesta berkenaan ialah pertandingan makan durian, pertandingan durian terbaik (raja durian), meneka berat dan ulas durian serta pertandingan masakan berasaskan durian. – Bernama

sumber Utusan

Aku rasa macam nak pergi je kali ini. Hari ini aku beli durian, dahla mahal, tak puas makan, huhuhu. Jom ramai² pergi makan durian. Tahun ini naik sikit bayaran dari tahun lepas dari RM7.90 ke RM9.90 seorang. Tapi masih dikira murahlah, durian sekarang masih pada harga RM6 - RM7 sekilogram. Belum musim 'durian runtuh' lagi. Tempat di Hentian Rehat PLUS Bukit Gantang. 18 - 20 Jun.

About the Author

Hmm...I not really expert in describing about myself, why don't u tell me...(^__^).
View all posts by: Nash

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

    Demi Masa..


    Powered By Nash
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Followers

    About Me

    My Photo
    Nash
    Hmm...I not really expert in describing about myself, why don't u tell me...(^__^)
    View my complete profile

    Chatbox

    Advertisement

    Live Traffic Feed

    Music

    Happy-o-Meter!!!

    Value

What they says

Nothing much regarding this blog, just to fulfill my free time rather than sit doing nothing in front of my pc. So feel free to look around and leave comments or whatever that come across inside your mind.

Cheers!!(^__^)
© 2013 My Official Blog. WP Mythemeshop Converted by BloggerTheme9
Blogger templates. | Distributed by Rocking Templates Proudly Powered by Blogger.