Mar 30, 2010

Eksiden kereta di stesen minyak!!

By Nash   Posted at  8:51 PM   taman midah 7 comments

Seriau aku tengok eksiden nih, memang dah ajal, tapi kesian gak la kat mangsa kemalangan nih, tengah isi minyak pun boleh kena langgar dengan kereta. Jadi kepada semua di luar sana (termasukla aku), isi minyak tuh tengok² gakla sekeliling anda. Ini juga sebagai tanda peringatan yang maut datang tak kira masa dan tempat, perbanyakkanla amalan, jangan leka dengan duniawi nih sampai kewajipan kepada Allah S.W.T diabaikan. Tak semestinya hari ini kita hidup gembira, akan berterusan keesokan harinya....


"atas permintaan dan sensitiviti, aku delete video nih....."



KUALA LUMPUR: Malang buat seorang lelaki yang sedang mengisi minyak keretanya apabila maut selepas dilanggar sebuah kereta yang terbabas akibat kemalangan di stesen minyak di Jalan Cheras, Taman Midah di sini.

Dalam kejadian jam 10.30 malam kelmarin itu, mangsa Mohd Yusri Abdul Wahab, 32, yang parah di keseluruhan kepala dan badannya dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sebelum disahkan meninggal dunia jam 2.15 pagi semalam.


Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning, berkata lelaki itu mengisi minyak dilanggar sebuah kereta Hyundai Getz.

“Ketika itu mangsa baru sampai ke stesen minyak itu sebelum keluar daripada Proton Iswaranya.

“Siasatan awal mendapati Hyundai Getz itu dipandu seorang perempuan berusia 23 tahun. Kenderaan itu terbabas selepas terbabit satu lagi kemalangan dengan sebuah kereta di jalan raya berhampiran stesen minyak itu.

“Namun, pemandu wanita itu hanya cedera ringan” katanya di sini, semalam.

About the Author

Hmm...I not really expert in describing about myself, why don't u tell me...(^__^).
View all posts by: Nash

7 comments:

sam said...

Dakwa terus. Bawak kete cuai. Tak pasal2 bini org jadi balu, anak org jadi yatim.

Anonymous said...

tak payah bicara panjang lebar.bagi je hukuman paling berat utk pemandu yg cuai itu.kete dia memang laju sgt.

Unknown said...

salam..saya mewakili ahli keluarga arwah dan isterinya memohon jasa baik saudara supaya DELETE video nie.dan kpd sesiapa yg upload or download video nie,tlng DELETE.kami xsanggup nk tngk video nie.biarlah arwah pergi dgn tenang..thanks

Anonymous said...

salam..saya adk kepada arwah memohon jasa baik saudara supaya memadam video nie..dan kepada sesiapa yg terjmpavideo nie kat mana2,minta tolong surh owner tersebut padam video tersebut.kami sekeluarga xsanggup nk tngk video 2..saya meminta jasa baik semua pihak..terima kasih

ZieSakura said...

sy sedih ngan apa yg berlaku.semoga ahli keluarga Allahyarham bertenang dan bersabar atas dugaan ni..Al-Fatihah..

semoga org yg cuai bwk keta tu dijatuhkan hukuman setimpal..

sarah shafie said...

arwah tu abg kpd kwn sy..terkejut gila..baru je tau ni bila tengok dekat facebook dia..alfatihah untuk arwah dan keluarga..

Anonymous said...

perempuan yg bawak getz tu mabuk!

Back to top ↑
Connect with Us

    Demi Masa..


    Powered By Nash
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Followers

    About Me

    My Photo
    Nash
    Hmm...I not really expert in describing about myself, why don't u tell me...(^__^)
    View my complete profile

    Chatbox

    Advertisement

    Live Traffic Feed

    Music

    Happy-o-Meter!!!

    Value

What they says

Nothing much regarding this blog, just to fulfill my free time rather than sit doing nothing in front of my pc. So feel free to look around and leave comments or whatever that come across inside your mind.

Cheers!!(^__^)
© 2013 My Official Blog. WP Mythemeshop Converted by BloggerTheme9
Blogger templates. | Distributed by Rocking Templates Proudly Powered by Blogger.