Panas betul sampai polar bear pun cukur bulu di badan..hehe
Aku rasa ramai orang merasai perubahan cuaca mendadak negara Malaysia sekarang ini. Kehangatan dan kebahangan yang semakin dirasai saban hari menyebabkan banyak kedai² minuman di tepi² jalan di banjiri umat manusia yang ingin menghilangkan dahaga di tekak dan menyejukkan badan lebih² dengan iklim Khatulistiwa menjadikan suhu lebih tinggi dari tempat² lain seperti di negara beriklim sejuk. Dan jika di Malaysia dengan cuaca panasnya, di negara² lain tidak ketinggalan dengan bencana alam seperti gempa bumi, salji dan hujan teruk hingga menyebabkan kerugian berjuta² ringgit, kehilangan beribu² nyawa dan tempat tinggal. Dan ini semua adalah natijah tangan manusia sendiri yang mengejar kemewahan, pembangunan, teknologi, dan lain² lagi tanpa mengira kesan yang akan diberikan kepada alam sekeliling. Bagi aku, ini juga ingatan dari Allah S.W.T yang dunia sekarang ini sudah menghampiri kiamat. Jadi jangan mengeluh di sebalik kepanasan, kebahangan, dan kehangatan mentari kerana ini hanya sedikit sahaja berbanding dengan kepanasan di padang Masyar kelak. Perbanyakan amalan sebelum terlambat, jangan sibuk mengejar kecantikan, kemewahan, harta, dan wang ringgit sebab semua tuh tak kekal. Memangla hidup hanya sekali, sebab sekalila kena kejar akhirat yang kekal itu, yang nikmatnya kekal selama²nya, bukan dunia yang hanya untuk 60-70 tahun atau mungkin kurang, mungkin hanya sampai hari ini. Anda pasti esok anda tetap akan hidup seperti hari ini? Renung²kan dan selamat beramal!!!
p/s: Aku ingat mula² nak komen video atas tu jek, tapi sekali dah berceramahla lak...haha, tapi takpe, ingatan untuk diri aku sendiri dan orang lain...
p/s: Aku ingat mula² nak komen video atas tu jek, tapi sekali dah berceramahla lak...haha, tapi takpe, ingatan untuk diri aku sendiri dan orang lain...
0 comments:
Post a Comment