Baru² ini aku lihat iklan di kaca televisyen tentang produk baru susu bayi yang diformulakan tanpa menggunakan gula tambahan. Mesti ramai ibu bapa di luar sana yang akan teruja untuk memberi susu ini kepada anak² mereka. Maklumlah dengan meminum susu ini, mungkin anak² mereka akan dijauhkan dari masalah obesiti atau diabetes atau kandungan gula yang tinggi dalam darah. Jadi sememangnya susu begini amatlah sesuai untuk bayi² yang sedang diperingkat tumbesaran berbanding dengan susu² lain yang mengandungi gula tambahan seperti :
Corn Syrup Solids / Pepejal Sirap Jagung
Sucrose / Sukrosa
Glucose Syrup Solids / Pepejal Sirap Glukosa
Namun yang menjadi persoalan aku, adakah selama ini semua susu dipasaran yang ada susu tambahan menyebabkan masalah kepada bayi?? Mungkin dulu aku pun minum susu tepung yang mengandungi gula tambahan, tetapi Alhamdulillah masih sihat tanpa apa² masalah berkaitan dengan gula. Secara langsung susu formula baru ini akan menginjakkan harganya lebih mahal dari sebelumnya. Dan yang pasti, tidak semua ibu bapa yang mampu untuk membeli susu sebegini. Mungkin ini hanya satu taktik pemasaran yang memancing pengguna untuk berbelanja lebih. Tepuk dada tanya lah selera.
p/s: Kesimpulan susu ibu tetap yang terbaik!!! Murah dah berkhasiat!!
4 comments:
Memang karang ni I terdengar tentang isu penambahan gula dlm susu – yang I tak paham, apa beza gula tambahan ngan gula semulajadi, sebab gula tetap gula kan :O apecal duk bimbang pasai gula tambahan ke atau gula semulajadi...adooiii pening tul! Saya pun ibu gak, tapi I heran la..ngapa ibu bapa bimbang ttg kandungan gula dlm susu krn yg penting ibu bapa kenalar perhati apa si manja makan..mkn lain pun ada gula gak, in fact lebih byk gula :P ! Sebagai ibu yang concern ngan si comei 3 yr old, bagaimanaa nak taw ttg jumlah kandungan gula yang dari makanan lain? Setakat ini la kan, hanya ada kalkulator gula dalam susu…ngapa kalkulator utk susu saje yang ada?! Peliks betui!
Yang paling confuse – pengiraan gula tanmbahan dilakukan melalui kadar karbohiidrat dlm susu…saya rasa macam tak betul je krn yang I tau la kan – carbo ni bukan gula sahaja.. Setahu saya carbo hadir dalam byk bendaa (tbaca dlm majalah kesihatan :P)…sekiranya ada mommy yg tahu menahu pasai benda nie, sila la berkongsi ngan MommyConcern..I tak nak buta-buta duk caya apa yang diheboh-hebohkan, nakla buat research cikit..
Beza gula tambahan dengan gula semulajadi mungkin lebih kepada penghasilan gula tersebut. Gula semulajadi diesktrak dari sumber semulajadi manakala gula tambahan melalui proses campuran kimia. Kalau nak kira exactly kandungan gula dalam makanan, i think it's really an unwieldy job. that's why the important things like what u said previously, kena perhati apa yang anak anda makan, kawal pemakanan mereka lebih² makanan yang tidak berkhasiat. Bila kita rasa kita makan makanan yang banyak gula, kita kenalah seimbangkan dengan aktiviti dan minum air kosong. Sebab itu penting makanan seimbang. Bukan membuta tuli percaya yang makanan² dipasaran akan membantu segala aspek tumbesaran anak anda. Saya rasa ada ramai anak² yang sihat dan berjaya tanpa perlu minum susu² sebegini. Jadi ianya bukan faktor penyebab utama.
Betul gak apa yg Nash kata. tapi susu masih penting esp. utk kanak kanak kan? masih growing dan developing. kalau tak pun kena substitute dgn makanan yang ada nutrient sama atau similar,. Anyway nak share sikit article ini di mana pakar nutrisi komen atas isu ini..
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Susumakananlengkapuntuksemua/Article
Rita, saya tak nafikan susu itu penting, maksud saya tidak semestinya susu tanpa gula tambahan saja yang elok, ramai kanak² dahulu minum susu sebelum adanya susu tambahan ini, masih sihat saja dan berjaya. Jadi ibu² di luar sana tidak perlu risau sangat tentang pemilihan susu. Asalkan bagus dan mampu dibeli. Jangan membebankan belanjawan hanya kerana ingin membeli susu sebegini.
Post a Comment