Malam ini aku pergi melawat rakan ku yang dimasukkan ke wad Hospital Pantai di Ipoh kerana perlu menjalani "operation" pada esok hari kerana masalah appendiks. Sebelum ini dia telah pun menjalani "operation" membuang appendiks beliau yang sudah pecah di Hospital Permaisuri Bainun, namun kesan lubang selepas pembedahan tersebut tidak dijahit lagi kerana perlu menunggu beberapa minggu untuk kering sepenuhnya sebelum dijahit.
Namun selepas 2 minggu, dia kembali menjalani pemeriksaan, hospital memaklumkan masih belum boleh dijahit kerana belum kering dan perlu menunggu lagi selama 2 minggu. Jadi atas nasihat ku dan rakan² mengesyorkan dia pergi ke hospital swasta untuk melakukan pemeriksaan. Hasilnya, dia disyaki mengalami "Peritonitis" dan perlu ditahan untuk menjalani pembedahan.
Kos pembedahan dianggarkan sekitar RM 10,000 - RM15,000. Terkejut aku, mahal rupanya kos rawatan di hospital swasta hanya untuk pembedahan sebegini. Aku dimaklumkan di Ipoh Specialist lebih mahal. Haih, kalau tanggung sendiri manalah nak cari duit sebanyak itu. Akhirnya hospital kerajaan sajalah pilihan. Bukan aku bersikap prejudis tapi kadangkala bila mengalami situasi seperti begini, nyawa perlu diutamakan dan kualiti perkhidmatan amatlah penting. Aku berfikir mungkin selepas ini aku perlu insurans takaful yang mempunyai "medical card". Kena "attach" lah insurans aku sekarang. Bajet pula perlu ada sekitar RM150 sebulan untuk melanggan insurans sebegitu.
Jadi kepada di luar sana, ambil berat kesihatan anda. Kos rawatan & perubatan pada zaman sekarang amatlah mahal. Di sini aku kongsi maklumat tentang penyakit Appendiks. Ianya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan boleh ke tahap membawa maut jika tidak dirawat dari mula.
Click me to read about Apendiks
Apendiks adalah lebihan pada usus perut. Sekiranya berlaku jangkitan ia boleh menyakitkan. Apendisitis yang teruk boleh menyebabkan apendiks pecah dengan pembentukan nanah di dalam rerongga abdomen atau peritonitis (jangkitan rerongga abdomen).
Dalam anatomi manusia, apendiks atau dalam bahasa Inggeris, vermiform appendix (atau hanya appendix) adalah hujung buntu tiub yang bercantum dengan kaekum ( caecum ).
Apendiks terbentuk ketika embrio dari kaekum. Dalam orang dewasa, apendiks berukuran purata 10 cm panjang tetapi berbeza antara from 2-20 cm. Sungguhpun lokasi asas apendiks agak tetap, lokasi penghujung apendiks boleh berbeza dari ( retrocaecal ) ataupun di pinggang ( pelvis ) sehinggalah terletak di ( peritoneum ).
Sungguhpun kebanyakan orang percaya apendiks tidak berguna dan organ sisi, sesetengah yang lain percaya bahawa apendiks mempunyai fungsi dalam sistem lymphatik ( lymphatic system ).
Operasi pembedahan membuang apendiks dikenali sebagai appendektomi.
Penyakit apendiks biasa bagi manusia adalah:
Aappendikitis
Karkinoid
Sumber
Sumber Lain
Download Radang Apendiks
1 comments:
eh..cam kenal je
Post a Comment