Ketika aku balik dari plant tadi, tiba² berlaku kesesakan jalan raya dekat Chemor. Pelik gak aku tengok malam² 'jem'. Aku ingat ada roadblock. Rupa²nya ada kemalangan berlaku betul² berhampiran tanah perkuburan Chemor. Ketika aku lalu tempat kejadian, apa yang aku sempat lihat ada sebuah motor berada di bawah lori sebesar lori yang selalu bawa kontena yang selalu kita lihat di jalan raya. Tapi aku tak perasan la pulak mangsa kejadian. Tak nak menambahkan lagi kesesakan, aku bergegas berlalu dari tempat kejadian. Tempat berlaku tuh pun memang berada di kawasan letak lori untuk syarikat yang aku tak nak nyatakan di sini. Aku rasa mungkin kemalangan itu berlaku ketika lori tersebut nak masuk ke kawasan tempat letak lori di situ di mana motor tuh pulak berada bersebelahan lori tersebut. Mungkin pemandu lori tak perasan ketika nak masuk simpang dan terus langgar motor tuh. Blind spot atau pemandu malas nak tengok cermin sisi sebelum masuk simpang. Apa² pun berhati² lah di jalan raya. Bagi penunggang motor seperti aku, jauhila berada berdekatan kenderaan besar ketika di atas jalan raya lebih² lori. Malang tdak berbau, jadi elaklah sebelum berlaku.
p/s : Sepanjang hampir 2 tahun aku kerja, dah berapa kali kemalangan aku lihat di jalan raya sepanjang laluan aku ke tempat kerja termasuk kemalangan maut. Ya Allah, letakkan aku sentiasa di dalam perlindungan Mu. Aminn.
p/s : Sepanjang hampir 2 tahun aku kerja, dah berapa kali kemalangan aku lihat di jalan raya sepanjang laluan aku ke tempat kerja termasuk kemalangan maut. Ya Allah, letakkan aku sentiasa di dalam perlindungan Mu. Aminn.
1 comments:
adehhh takutnye nengok gambor tuh..nauzubillah..
Post a Comment