Setelah menjerumuskan diri dalam dunia pekerjaan, baru aku tahu makna kepayahan menanggung perbelanjaan sara hidup. Lebih lagi bila sudah mempunyai tanggunjawab menanggung orang lain. Cuma apa yang aku lihat kebelakangan ini, harga petrol semakin naik seperti RON97 yang kini mencecah RM2.90 se liter dan mungkin pada suatu ketika nanti golongan berpendapatan rendah dan sederhana mungkin tidak akan lagi mampu menggunakan petrol ini dan berubah kepada RON95 yang masih pada kadar RM1.90 seliter. Jadi RON97 hanya untuk golongan kaya, dan RON95 untuk golongan biasa.
Nilai hartanah rumah pula semakin naik dari semasa ke semasa. Namun kadar pendapatan purata rakyat Malaysia masih berada pada kadar yang tidak selari dengan peningkatan tersebut. Harga² barangan keperluan lain juga semakin meningkat. Jadi apakah penyelesaian kepada isu tersebut? Seperti yang disarankan kerajaan, tukar gaya hidup anda! Namun cara hidup bagaimana yang harus kita ikuti? Bukankah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mengatasi masalah rakyat? Jika jawapan kepada isu tersebut hanya dengan mengubah cara hidup, maknanya rakyat yang menjadi punca kepada permasalahan tersebut?
Bukankah sepatutnya peningkatan terhadap pendapatan rakyat juga harus sejajar dengan peningkatan semasa barangan keperluan?
Mungkin aku terlalu banyak berfikir, kesudahannya, just follow the flow...hmmm
0 comments:
Post a Comment