Nov 3, 2010

Tik..tok...tik...tok....menghitung hari....

By Nash   Posted at  8:37 PM   kahwin 1 comment
Lama sungguh aku tak update blog aku, entahla, macam takde perkara menarik jek nak di update. Namun sedar tak sedar, diam tak diam, aku hampir tiba ke penghujung zaman bujang ku. Giliran aku pula kali ini selepas rakan² ku yang lain menamatkan zaman bujang mereka dengan pasangan hati masing².


Sepanjang tempoh masa dari hari pertunangan sehinggalah sekarang, banyak dugaan yang aku alami. Namun itu semua tidak mematahkan semangat aku dan aku sentiasa berfikir positif dengan mengambil pengajaran dari semua dugaan tersebut. Paling terbaru apabila aku demam teruk hampir seminggu pada 2 minggu lepas. Namun Alhamdulillah, tidaklah sampai kritikal.


Aku ingin juga berkongsi tentang perkara penting dalam urusan perkahwinan, iaitu kewangan dan perbelanjaan untuk persiapan perkahwinan tersebut. Bila aku duduk bersembang dengan rakan²ku yang masih belum merancang untuk berkahwin, mereka amat berminat untuk mengetahui tentang jumlah keseluruhan bajet yang ku habiskan untuk perkahwinan ku. Alhamdulillah aku tidak perlu membuat pinjaman dari mana² bank dan aku gunakan hasil titik peluh ku sepenuhnya sepanjang 2 tahun bekerja untuk menampung semua perbelanjaan tersebut. Ingin aku nyatakan di sini, pada zaman sekarang, sekurang²nya perlu ada RM20,000, namun aku rasa masih tidak cukup, bergantung kepada bagaimana majlis tersebut hendak diadakan. Dengan kos barangan keperluan meningkat naik, tidak lupa juga harga emas, tidak mustahil jumlah kasar yang aku anggarkan tadi akan meningkat naik. Jadi kepada jejaka² di luar sana, berjimat-cermat lah dari sekarang. Jangan bermimpi nak berkahwin di siang hari lagi. 

(^___^)

Sep 16, 2010

Selamat Hari Raya 1431 Hijrah

By Nash   Posted at  6:52 PM   Muslim No comments

Lama betul aku tak update blog. Tak taula kenapa semenjak dua menjak nih, aku malas betul nak update blog, kalau buka pun, setakat buka jek menjengah blog aku nih, nak tengok sihat ke tak..haha. Sedar tak sedar, habis sebulan berpuasa. Raya pun dah masuk raya ke-7 baru aku nak update blog. Apa² pun syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana dipanjangkan usia dan diberi kesempatan untuk bertemu dengan bulan Ramadan sekali lagi pada tahun ini. Semoga Allah S.W.T panjangkan usia aku lagi untuk bertemu lagi dengan bulan penuh keberkatan ini pada tahun hadapan. InsyaAllah. 

Apa² pun aku di sini nak mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada semua terutama rakan² beragama Islam dan sesiapa yang mengenali diri aku ini. Raya tahun ini aku lebih banyak berjalan beraya ke rumah orang berbanding tahun lepas, sehingga aku tersekat dalam kesesakan jalan raya pada raya ke-3 ketika dalam perjalanan pulang dari Penang ke Perak. Perjalana yang selalunya mengambil masa 2 jam berlanjutan sehingga 6 jam. Tapi Alhamdulillah kami sekeluarga selamat sampai di rumah (aku rasa jalan kaki lagi laju, haha). Sebelum aku mengakhiri warkah kali ini, sekali lagi, kepada umat Islam di luar sana, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Aug 10, 2010

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak 1431 Hijrah

By Nash   Posted at  11:54 PM   ramadan No comments
Assalamualaikum w.b.t kepada rakan², bloggers², dan pembaca² yang beragama Islam. Jadi bertemu lagi kita dengan bulan Ramadan tahun ini selepas setahun berlalu. Aku bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dipanjangkan umur untuk bertemu lagi dengan bulan Ramadan yang mulia.

Harapan aku agar aku dapat menjadi seorang insan dan Muslim yang lebih baik, dapat membersihkan hati aku, dan mematangkan diri aku lagi untuk menjadi pemimpin kepada diri aku dan keluarga aku sendiri.

Ramadan ini juga adalah Ramadan terakhir aku sebagai seorang 'bujang' kerana aku akan melangkah ke alam perkahwinan selepas ini. Semoga aku dapat menyiapkan diri aku untuk memimpin / menjaga bakal isteri dan keluargaku sendiri selepas ini. 



Aku juga berharap Islam dapat dimartabatkan kembali di dunia ini lebih² di bumi Malaysia ini. Di samping itu, marilah bersama² meramaikan masjid. Banyak ganjaran di bulan Ramadan. Tapi teruskanlah juga lepas bulan Ramadan amalan yang baik. Jangan hanya di bulan Ramadan saja banyak beribadah, tapi di bulan² lain tiada. Apa² pun, jangan lupa niat puasa dan bayar zakat fitrah. (^__^)

Aug 3, 2010

Missing Teenager!!!

By Nash   Posted at  8:59 PM   Real Issues 2 comments
Salah seorang forumer share tentang kehilangan seorang saudaranya, so anyone out there see @ found this person, please inform him or the contact no. given...


GRO Songlap Anis


Assalamualaikum, kengkawan, aku nak mintak tolong korang sebarkan email nih….sebenarnya macam ni, anak saudara kakak ipar aku hilang dibawa lari oleh seorang GRO. Ni aku bg korang gambar budak tu ngan GRO tuh. Dia hilang masa cuti sekolah yg baru2 ni, skang ni kira dah hampir 2 minggu la budak ni hilang. Kalau sesiapa pernah jumpa budak tu ataupun pompuan gro nih… tolong call no nih ya…

0139460546 (Pn.Monaliza )

Yang baju merah tak de lengan tu = GRO

Lagi sorang = budak yg hilang (Nama dia Tengku Nur Anis)


Asalnya GRO nih kira kakak angkat budak ni la. Budak ni sebenarnya jenis yg tak berkawan ngan lelaki pun,kawan dia pompuan dan pondan. Mungkin dah termakan pujukan gro nih… budak ni sampai ikut gro ni keluar rumah.

Sebabnya dengar citer Umie dia, budak nih dah digula-gulakan macam2 brg mahal dek gro nih… bila umie dia tahu,dia tak kasi la berkawan ngan gro nih… tp biasa la, budak baru 15 tahun mestilah memberontak. Ni gambar yg sempat dirampas oleh Umie dia.

Dipercayai GRO nih nak jual budak ni sebab mmg tu la keje GRO nih pun. Actually polis dah serbu rumah GRO nih kat KL dan jumpa la buku sekolah dan IC budak nih tapi orang dalam rumah ni dah lari la. So, tak tahu mana disorokkan budak ni sekarang.

Tolong ya.. sebarkan pada kawan2 yg lain… terima kasih.

Original link...HERE

Jul 27, 2010

By Nash   Posted at  9:25 PM   Muslim No comments
Sharing something I got from my e-mail today....

Petikan dari ceramah Ustaz Abdullah Mahmud bertajuk ’Dasyatnya Doa Seorang Ibu’ . . ...

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
  • Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik
  • Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah
  • Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak
  •  Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
  • Melihat kaabah sehingga menitis air mata
  •  Membaca quran sehingga menitis air mata
  • Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata

3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
  • Anak
  •  Ibu
  •  Suami
Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, saying, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah...

Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu

Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu

Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut

Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai

Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik

Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal”
  •  “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”
  • Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita
  • Tapi geng kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan J
  • Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah
Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, then cakap dengan Allah
  • “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini”
  •  “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.

Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

 Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita telah tiada!

 Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup
  •  Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia engok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.
  •  Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam next time

Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan

Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!

Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.

Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah

Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

 Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita


Selalu Bergaduh Dengan Ibu
Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka
  •  Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar
  •  Saka dipindahkan melalui Kasih saying/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan
  •  Symptom dah terkena saka
  •  Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena
  • Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar
  • Susah nak dapat anak, senang gugur
  •  Ada rasa kelibat orang lalu
  • Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam
  •  Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan
  • Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.
  • 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia. Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam jugak.
  • Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan
  • Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari

Anak Lari Dari Rumah
  • Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari
  • Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya

Anak Degil
  • Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
  • Ni seram sket masa nak buat hehehe..mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia
You can ask anything! Nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.

So info dah disampaikan, marilah kita sama2 praktikan mana yang bolehkan.

Cadbury: Share the Joy

By Nash   Posted at  9:08 PM   youthsays No comments
New campaign from Youthsays!! Cadbury : Share the Joy, I know most everyone out there love Cadbury very much. So do I. Therefore, why don't u participate and join this contest and support the campaign by them!!! Just clik on the link and u'll be near to win many prizes from Cadbury!!!

This is the world of Joy!
See the Weekly prizes... Wii Console, iPod Shuffle, and Movie Vouchers!
And sign in to take part in the contest!
Share this joy with your friends! Play now!


Join the Contest!!! Click me  (^__^)

Jul 5, 2010

RM20,000 for slowest Mat Rempit

By Nash   Posted at  9:05 PM   rempit No comments
KUANTAN: RM20,000 in cash awaits the Mat Rempit who ride the slowest.

The state government is organising a special "race" for more than 1,600 youths it had identified as Mat Rempit.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob said all of them would be invited to take part in the race.

The race would be divided into several categories where riders have to ride for about 50 metres.

"They can ride just any way they like.

"But they have to use their skills to be the last to reach the finishing line without falling to become the winner," he said at the joint opening of the Umno delegates' meeting for Kuantan and Indera Mahkota divisions here yesterday.

Adnan said "this first of its kind" race was part of the state government's effort to get closer to the public, especially those involved in social problems.

He said Umno leaders must organise more programmes that the public and grassroots leaders can participate in.

"We must work hard as if the general election will be held tomorrow," he said.

To ensure victory, he said Umno must ensure that its members remained with the party.

At the same time, they must also try to woo fence-sitters and counter allegations hurled by opposition parties.


I just can't imagine how the race will looks like...(but the main point is for coming general election, haha)

Back to top ↑
Connect with Us

    Demi Masa..


    Powered By Nash
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Followers

    About Me

    My Photo
    Nash
    Hmm...I not really expert in describing about myself, why don't u tell me...(^__^)
    View my complete profile

    Chatbox

    Advertisement

    Live Traffic Feed

    Music

    Happy-o-Meter!!!

    Value

What they says

Nothing much regarding this blog, just to fulfill my free time rather than sit doing nothing in front of my pc. So feel free to look around and leave comments or whatever that come across inside your mind.

Cheers!!(^__^)
© 2013 My Official Blog. WP Mythemeshop Converted by BloggerTheme9
Blogger templates. | Distributed by Rocking Templates Proudly Powered by Blogger.