Dec 31, 2009

Tahun Baru 2010....

By Nash   Posted at  9:27 PM   Life No comments


Tak kurang 2 jam 30 minit, tahun 2009 akan meninggalkan kita, dan 2010 bakal menjelma. Bagi tiada yang istimewa pun dengan kedatangan 2010 nih kecuali nombor 2009 tuh dah bertukar jadi 2010 dan 15 Muharram 1431 Hijrah. Azam tahun baru masa 1 Muharram jek, so no azam baru for this 2010 new year..haha..tapi as Muslim, we should celebrate our own Islamic calendar, Hijriah, bukan agung² kan 2010, kalendar Gregorian. Tapi apa² pun, 1430 Hijrah dan tahun 2010 menandakan kita semakin hampir kepada akhir zaman, semakin hampir ke penghujung waktu dunia, semakin hampir dengan kiamat, dan paling penting semakin hampir dengan waktu kematian kita yang tak tau bila. Jadi, kita sepatutnya perbanyakkan muhasabah diri, perbetulkan diri untuk lebih baik dari tahun sebelumnya. Dosa² lama tu dah cover ke? Puasa² dan solat² yang tertinggal tuh dah ganti ke? Last but not least, aku tetap ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua, yang pergi sambut tahun baru tu ingat² la, jangan sampai melampaui batas keseronokan yang dinikmati hingga lupa diri.

(^__^)

Dec 27, 2009

PESANAN DARI IMAM GHAZALI..renungkan

By Nash   Posted at  10:39 PM   Muslim No comments
PESANAN

Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1: Orang tua

Murid 2: Guru

Murid 3: Teman

Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita
ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan
mati ( Surah Ali-Imran :185).



Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina

Murid 2: Bulan

Murid 3: Matahari

Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA
LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat
kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari
esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan
ajaran Agama.



Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1: Gunung

Murid 2: Matahari

Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA
NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,
jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.



IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?

Murid 1: Baja

Murid 2: Besi

Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan
malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah
pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut
menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka
kerana gagal memegang amanah.



Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1: Kapas

Murid 2: Angin

Murid 3: Debu

Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali
didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan
dunia, kita tinggalkan solat



Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah
LIDAH MANUSIA.. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati
dan melukai perasaan saudaranya sendiri

Dec 24, 2009

My Friend Wedding...

By Nash   Posted at  9:46 PM   Friends No comments
19 dan 20 Disember 2009 - Dua orang rakan ku selamat melangsungkan majlis perkahwinan. Mohd Azhar a.k.a Boy dan Norman. Boy dah nikah awal seminggu manakala Norman pula 19 Dis tu baru nak akad nikah. Selamat akhirnya jadi suami orang. Susah la lepas ni nak ajak lepak², dah ada tanggungjawab. Norman, lepas ni ko didikla anak ko silang kaki cam ko. Boy lak, ajarla anak ko menonton cerita Korea dengan Jepun. Biar mata anak ko jadi setajam ko gak bile tengok awek, hahaha. Minggu ni, 26 haribulan, rakan ku Banjir lak nikah, Hazri a.k.a Botak dah nikah semalam dengan rakan sekelas ku jugak. Adib lak 2 Januari 2010. Lepas seorang, seorang mengikat tali dengan pasangan masing². Secara tak langsung tertubuhlah kelab baru; Family Club. Aku pula, insyaAllah tahun depan. Nantikan jek kad dari aku. So, rakan² ku yang lain bila lagi nak register ahli kelab baru ni??? Lone Ranger Club semakin berkurangan ahli² nya....Aku nak kongsi la dekat sini gambar² di majlis perkahwinan Boy dan Norman..




Dekat majlis Boy, konvoi 7 buah kereta, makin berjaya rakan² ku dengan kereta masing²



Norman bersanding, tapi tak dapat nak bergambar bersama sebab dah letih tunggu ko Norman, tunggu durian jatuh pun tak lama mcm tu, haha - Faiz jadi best man tu, ko bila lak Faiz?

Dec 21, 2009

Salam Maal Hijrah 1430

By Nash   Posted at  9:38 PM   Life No comments


Jumaat lalu umat Islam di seluruh Malaysia menyambut tahun baru bagi kalendar Hijrah, kalendar umat Islam. Tapi aku tak sempat nak update blog aku ni pada 1 Muharram 1430 tu kerana ber'hijrah' ke KL selama 3 hari untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan² ku, Azhar a.k.a Boy dan Norman. Selamat Pengantin Baru kepada Boy dan Norman dan Selamat Menyambut Maal Hijrah. Rakan² ku itu telah pun selamat berhijrah dari alam bujang ke alam rumahtangga. Tak lupa juga kepada rakan² yang lain, Effendy tajuddin, Anis, Hafiz, dan ramai lagi yang tak dapat nak aku senaraikan di sini.

So, pe azam korang tahun baru ni? Sebagai umat Islam, azam tahun baru sepatutnya bermula pada 1 Muharram, bukan 1/1/2010. Maksud aku, sambutan kita tahun baru sepatutnya ikut kalendar Islam. Bagi aku, aku nak cuba berubah kepada yang lebih baik lagi tahun baru ni dari semua segi, majukan diri aku lagi, untuk keluarga aku, diri aku sendiri, dan alam rumah tangga yang bakal aku lalui selepas ini. Setahun di alam pekerjaan, aku masih lagi merenung masa depan aku. Belum stabil sepenuhnya. Jadi aku perlu buat sesuatu....mungkin hijrah adalah jawapannya. Tapi aku masih menunggu, menanti saat yang sesuai untuk melakukannya. Doaku cuma rezeki yang aku perolehi sentiasa halal dan diberkati dan ditabahkan hatiku mengharungi liku² kehidupan di alam fana ini. Amiinn



Dec 17, 2009

HONDA INSIGHT Concept

By Nash   Posted at  9:40 PM   Car No comments


Really damn nice car, when can I have this one for my ride...huhuhu... just to share the new Honda Civic design for year 2010. Another question : When Proton can make such car like this one????






















Dec 16, 2009

Alam Mahsyar pasti kita lalui...

By Nash   Posted at  8:52 PM   Muslim No comments
Nih aku dapat dari emel yang di'forward'kan kepada aku, jadi aku nak kongsi kat blog aku sebagai renungan...

ALAM MAHSYAR

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu
mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil
bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan
suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan
seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari
naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar,
bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan
bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka
bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam ( حوض ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang
mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan
mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus
selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau
air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk
dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang
mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

  • Pemimpin yang adil.
  • Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
  • Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
  • Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
  • Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
  • Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
  • Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu
berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah
berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali
kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi
Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala. Maka
kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s.,
Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka
berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun
perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan
doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua
makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan
yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu
tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ( عرش ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang
mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan
gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang
menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya
yang sangat kuat.

16. Kursi ( كرسي ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang
malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah
padang. Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal.
Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke
leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab.
Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir &
munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka
tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang
pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah
perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab
mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin
dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan.
Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang
bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk
menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan
baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi
saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha
Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut
hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas
hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat :

a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.

27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi
syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari
mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan
sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar
jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata
pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun
menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya
seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak
dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh
ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap
1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang
akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani.

Dec 12, 2009

KB Mall Incident..

By Nash   Posted at  9:26 PM   Real Issues No comments






PEMANDU kereta, Nor Ain yang cedera ditenangkan anggota penyelamat.


Video tragedi KB Mall untuk tatapan....camne la leh jatuh, tido ke pe...hehe


(^__^)

Back to top ↑
Connect with Us

    Demi Masa..


    Powered By Nash
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Followers

    About Me

    My Photo
    Nash
    Hmm...I not really expert in describing about myself, why don't u tell me...(^__^)
    View my complete profile

    Chatbox

    Advertisement

    Live Traffic Feed

    Music

    Happy-o-Meter!!!

    Value

What they says

Nothing much regarding this blog, just to fulfill my free time rather than sit doing nothing in front of my pc. So feel free to look around and leave comments or whatever that come across inside your mind.

Cheers!!(^__^)
© 2013 My Official Blog. WP Mythemeshop Converted by BloggerTheme9
Blogger templates. | Distributed by Rocking Templates Proudly Powered by Blogger.