Oct 7, 2008

Prison Break Season 4 Episode 6 & 7

By Nash   Posted at  10:51 PM   Internet No comments
Prison Break Latest update...(^___^)

Episode 6 - Blow Out

Megaupload - avi format
Rmvb format

Episode 7

Megaupload - avi format

Mirror

Mirror 1
Mirror 2

Oct 1, 2008

1 Syawal 1429M

By Nash   Posted at  10:47 PM   Life No comments
Hari ini umat Islam telah menyambut hari kemenangan kerana berjuang selama sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga serta hawa nafsu di bulan Ramadan. Namun ini juga bermakna, masjid-masjid akan kembali sepi seperti bulan-bulan sebelumnya. Di hari raya ini juga marilah kita mengambil kesempatan untuk bermaaf-maafan dan mengeratkan silaturrahim, bukannya untuk bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk dengan apa yang kita ada atau yang baru saja dibeli. Pembaziran juga haruslah dielakkan, bukan bermaksud tidak boleh berbelanja, tapi berbelanjalah dengan cermat dan bijak. Kita seharusnya merindui bulan Ramadan yang penuh keberkatan kerana perlu menunggu setahun untuk bertemu kembali dengan nya. Ya Allah, panjangkanlah usia ku dan keluarga ku agar kami dapat bertemu lagi dengan Ramadan berikutnya. Amiinnn...

Selamat Hari Raya...

By Nash   Posted at  10:47 PM   Life No comments




Bulan Syawal menjelang tiba, mesti ramai yang tidak sabar menantikan ketibaannya..so di kesempatan ini, aku nak wish awal2 la..Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada semua rakan-rakan ku di luar sana...kan best raya cam tahun lepas, dapat gi melawat umah-umah korang semua..tahun neh ramai dah mula berkerja, dah dok jauh-jauh, raya kali ni gak ramai yang dah mula memberi duit raya, haha, yerla, slalu kita yang dapat duit raya, sekarang dah kerja, kita lakla yang kena bagi, der masa lain kali, kita wat event cam reunion edisi raya untuk dak-dak uitm batch 2005-2008, haha, raya neh, sape2 free jemputla datang ke rumah aku...akhir kata Selamat Menyambut Bulan Syawal..

Pantun version semiconductor :

"Broken Wafer Broken Glass,
After wat 8D, sila balas...hahhaha

Sep 28, 2008

Kereta Baru...

By Nash   Posted at  10:46 PM   Friends No comments
Tahniahla kepada rakan-rakan ku yang dah ada kereta baru, Buza dah beli Swift, Sham dah ada Persona, Meru dah angkat MyVi (kuat tol Meru angkat MyVi, hahah)...yang lain aku tau bakal menyusul kemudian, janganla sorok-sorok, kita share ramai-ramai kejayaan rakan-rakan kita, hehehe, aku dah buka satu topic kat forum LuncaiFC, LuncaiFC Car Club, postla pics korang bersama kereta baru dekat situ, kita share, aku pulak tak tau bile lagi, lambat lagi kot nak beli kereta, nak simpan duit dulu...ekkeke...pape pon all da best to all my friends...always keep in touch...


Go...Go...Go LuncaiFC Car Club (^__^)

LuncaiFC Forum <--click here
Sham Punyer


Buza

Sep 25, 2008

Prison Break Season 4

By Nash   Posted at  10:45 PM   Internet No comments


Ini adalah salah satu series favorite aku...aku mula2 xdela minat sangat, tapi bile aku tengok member aku, Matcha menonton dengan khusyuk setiap kali lepas download setiap minggu, aku pon curious nak tau pe yang best sangat cerita neh...bila dah layan 2-3 episod, terus lekat aku ngan cerita neh, memang mantap, hahhaha...aku tau der member2 aku di luar sana yang minat giler cerita neh, so aku pon sharela link untuk download series neh untuk season baru....aku bagi link neh mostly Megaupload sebab dari experience aku, sekarang neh free download Megaupload antara yang boleh tahan laju nyer dan senang nak cari file2 untuk di download...yang lain cam Adrive, tapi tak ramai yang upload kat situ, so susah nak cari link download....Aku akan update setiap kali episode baru kuar...

Selamat Mendownload dan Selamat Menonton

Rgds

Nash a.k.a Michael Scofield...(^___^)

Prison Break Season 4

Episode 1

Megaupload(AVI format)
Megaupload(RMVB format)


Episode 2

Megaupload(AVI format)
Megaupload(RMVB format)

Episode 3

Megaupload(AVI format)

Episode 4

Sharedzilla(AVI format)
Megaupload(AVI format)

Episode 5

Megaupload(AVI format)

Urgent!!!!!!!

By Nash   Posted at  10:44 PM   Work No comments
Pening aku dengan bos aku ni..nak mende2 semua nak urgent, kalau boleh time tu gak nak siap...bukan dia tak tau prosedur-prosedur yang nak dilalui sebelum PO keluar, pastuh nak kene deal dengan vendor lak, vendor dah cakap tak boleh nak buat time tu, time tu gak die nak, dia saja buat-buat tak faham ker atau memang tak paham aku tak taula... sampai nama dia pon terkenal, bila sebut nama dia, semua orang tau dia nak urgent, takde perkara yang dia tak urgent sampai orang naik meluat...tak kisahla, janji aku buat kerja aku sudah, kalau dah tau nak urgent, bagila tahu awal-awal, xdela kelam-kabut, whatever it is....I just do what I can, if u wish something that out of my range, that's it...nothing I can do about it...peace...(^___^)

Sep 24, 2008

Kejatuhan Ekonomi U.S..

By Nash   Posted at  10:43 PM   Real Issues No comments
Hmm...bile aku dengar ekonomi U.S jatuh merudum, aku rasa macam gembira sangat, sebab macam balasan Allah S.W.T kepada kekejaman yang mereka lakukan di negara-negara luar terutamanya negara Islam. Apa yang aku lihat dan dengar sekarang ini pun, banyak musibah menimpa negara Amerika ni. Berita pula kerap memaparkan tentang bencana-bencana alam yang menimpa negeri-negeri dalam Amerika ni. Tapi yang aku tak paham, diorag masih meneruskan dasar kejam mereka dan menghabiskan banyak perbelanjaan ketenteraan dari menolong rakyat negara mereka yang menderita kerana bencana-bencana alam ini. Sekarang, apabila ekonomi mereka pula merudum, ia memberi impak besar kepada negara tersebut. Mungkin berkat doa-doa insan teraniaya dek penindasan Amerika...entahla, cuma aku berdoa dan berharap Allah sentiasa melindungi umat-umatnya yang ditindas dan memberi mereka kekuatan untuk menghadapi dugaan tersebut..kita yang tinggal di Malaysia ni sepatutnya bersyukur kerana negara kita dalam keadaan aman, tidak seperti negara-negara di luar yang bergolak akibat peperangan dan ketidakstabilan sistem pemerintahan negara..semoga ini dapat memberi pengajaran kepada rakyat Malaysia termasuk aku sendiri untuk menghargai suasana negara kita ini...marilah kita bersama-sama bersatu padu dan hidup dalam keadaan yang harmoni...peh, ayat aku tak ingat, cayalah Nash..hahaha

Rakyat Harmoni, Negara Aman (^_^)

Back to top ↑
Connect with Us

    Demi Masa..


    Powered By Nash
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Followers

    About Me

    My Photo
    Nash
    Hmm...I not really expert in describing about myself, why don't u tell me...(^__^)
    View my complete profile

    Chatbox

    Advertisement

    Live Traffic Feed

    Music

    Happy-o-Meter!!!

    Value

What they says

Nothing much regarding this blog, just to fulfill my free time rather than sit doing nothing in front of my pc. So feel free to look around and leave comments or whatever that come across inside your mind.

Cheers!!(^__^)
© 2013 My Official Blog. WP Mythemeshop Converted by BloggerTheme9
Blogger templates. | Distributed by Rocking Templates Proudly Powered by Blogger.