".....Cukuplah, saya tidak ingin menghurai panjang dan berbahas dalam hal ini, hakikatnya banyak lagi nas dan dalil lain yang menyokong kepada keadaan membolehkan tersebut. Menurut penilaian dan pengamatan saya, pandangan membolehkan adalah terlebih kuat daripada hujjah kumpulan yang menolak.
Saya juga kurang bersetuju untuk dipisahkan nama Allah kepada pengertian lughah (dari sudut bahasa secara literal kononnya merujuk kepada tuhan umum), dan Allah secara istilah yang merujuk kepada Allah yang disebut di dalam surah al-Ikhlas.
Satu lagi, perlu diingat, sama ada nama Allah digunakan di dalam Bible atau tidak, itu tidak sama sekali penting untuk kita, kerana Bible bukan rujukan kita tetapi Al-Quran. Oleh itu, merujuk kepada bible dalam mencari pendirian dalam hal ini adalah salah sama ada secara sedar atau tidak sedar. Umat Islam hanya merujuk Al-Quran dan Hadis dalam menentukan sikap dan pendirian, bukan Bible. Apatah lagi menurut keyakinan Islam, bible yang wujud hari ini bukanlah sama sepenuhnya dengan injil yang diturunkan kepada Nabi Isa as beribu tahun dahulu...."

Apabila aku melihat penerangan Ustaz Zaharuddin, aku terpanggil untuk berfikir, di kala orang sibuk melaung²kan penentangan kepada penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian atas dasar timbul kekeliruan di kalangan umat Islam, aku bertanya kepada diri aku sendiri, "kenapa umat Islam boleh terkeliru pulak? Jika betul penganut Islam, Allah semestinya dikenali sepenuhnya dan tidak akan timbul kekeliruan kerana kita kenal tuhan kita yang Esa. Jadi, kekeliruan ini timbul atas sebab apa? Kurang pendidikan ilmu agama? Takut iman/akidah terpesong? Takut anak² salah anggap? Kenapa perlu keliru kalau ilmu agama cukup? Kenapa perlu takut iman/akidah terpesong kalau iman/akidah itu teguh di dada? Kenapa perlu takut anak² salah anggap kalau kita mendidik mereka dengan betul? Jadi salah siapa sebenarnya? Salah kita sendiri atau mereka yang menggunakan kalimah Allah itu? Aku bukan menyokong, tapi jika ianya ditentang kerana kita sebagai umat Islam melatah kerana takut terkeliru, aku rasa malu. Kenapa jikalau kita mengenali tuhan kita yg Esa sepenuhnya, masih boleh terkeliru dengan perkara sebegini? Adakah kerana kurangnya penghayatan agama Islam itu di kalangan kita hingga kita takut dengan isu sebegini? Jika ianya dianggap satu dakyah untuk menyesatkan umat Islam, bukankah kita perlu menangkisnya dengan perhebatkan lagi dakwah dan kemantapan iman kita hingga apa yang dibuat oleh agama lain untuk menyesatkan tidak akan memberi kesan langsung kepada kepercayaan kita?
Tepuk dada, tanyalah iman...
Tepuk dada, tanyalah iman...
(^__^)
0 comments:
Post a Comment