Tragedi di Ipoh....begitulah tajuk post aku kali ini. Bukannya tragedi yang berlaku di hadapan mata aku, tetapi adalah antara tragedi yang menggemparkan yang berlaku baru² ini di Ipoh dan aku berkesempatan melihat sebahagian dari barangan tragedi iaitu 'BAS'. Perjalanan aku ke Penang baru² ini di hiasi dengan panorama pemandangan bas dua tingkat Sani Ekspress yang hancur di bahagian bawah duduk penumpang, mengorbankan 10 nyawa seperti yang dipaparkan di halaman utama dada² akhbar dan berita. Bas tersebut telah dipindahkan dari tempat kejadian dan diletakkan berhampiran Medan Kidd. Jadi aku berkesempatan la melihat dari dalam bas henti² yang aku naiki menerusi kaca tingkap, keadaan bas yang remuk di sisi itu.
Dan ketika aku berada di Penang, selagi lagi aku dikejtukan dengan berita yang aku baca dalam akhbar Metro, kejadian 4 buah bas di bakar di Medan Kidd, salah satu tempat persinggahan aku mengambil bas untuk meneruskan perjalanan sama ada ke rumahku atau ke destinasi lain. Jadi hari ini, aku dapat melihat tempat kejadian ketika pulang dari Penang. Bau hangus, hangit masih menyelubungi tempat kejadian. Kelihatan bas² yang rentung, kaca² berselerakan di kawasan tersebut. Sambil melihat, aku terus melangkah ke bas yang perlu aku naiki untuk meneruskan perjalanan ku ke rumah. Siapalah yang tak berhati perut yang mencetuskan suasana tidak selesa ini. Dunia...dunia..Apa² pun, esok dah mula kerja balik...:p
p/s : Kadangkala aku rasa rugi kerana tak dapat merakamkan gambar² kejadian atau keadaan menarik sepanjang perjalanan ku. Ingat nanti nak kena beli gak kamera @ handphone berkamera...
(^__^)
0 comments:
Post a Comment