Jan 1, 2010

Kalimah Allah....

By Nash   Posted at  5:11 PM   Muslim No comments

"Mahkamah putuskan Herald boleh guna perkataan ”Allah
31/12/2009 8:36pm

KUALA LUMPUR 31 Dis. — Majalah mingguan Katolik, Herald, boleh menggunakan perkataan “Allah” dalam penerbitannya, Mahkamah Tinggi di sini memutuskan hari ini.

Mahkamah itu membuat keputusan bahawa setiap orang mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan “Allah”.

Dalam keputusannya, Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan bahawa Kementerian Dalam Negeri telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan perkataan “Allah” dalam penerbitan mingguan itu. - Bernama

sumber

Aku ingat kes ni hari tu dah selesai, rupanya, sebaliknya. Aku bukan nak meng "api²" perasaan perkauman ke apa, tapi sebagai umat Islam, dan orang² Islam di luar sana perlu berbuat sesuatu dan mengambil iktibar atas kejadian ini termasukla kerajaan sekarang yang terdiri daripada pemerintah Islam (tak tau la kalau diorang tak ambil apa² tindakan terhadap keputusan mahkamah tu)

So di sini aku nak kongsi artikel yang aku dapat tentang kalimah Allah ni, sumber dari website kelolaan JAKIM

http://www.islam.gov.my

pdf : Download here....

aku cuma post kesimpulan artikel tuh jek la, nak lebih lanjut, anda dipelawa memuat turun pdf file tu dan baca sendiri...

"...................Inilah sebenarnya maksud di sebalik kalimah Allah SWT. Ia bukanlah satu kalimah yang sekadar menjadi sebutan atau seruan atau panggilan bagi tuhan semata-mata. Sebaliknya ia merupakan nama yang melambangkan aqidah atau agama bagi orang yang menggunakannya. Oleh itu penggunaannya amat wajar dipantau dan dipelihara oleh kerajaan demi memastikan tiada sesiapa yang terkeliru dengan nama Yang Maha Agung itu.

Oleh itu keputusan kerajaan untuk mengekalkan larangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan bukan Islam, sebagaimana yang telah diputuskan di dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 Oktober dan 1 November 2006 adalah amat bertepatan dan tidak boleh dipertikaikan sama sekali. Malah penggunaan kalimah Allah, Baitullah, Solat dan Kaabah telah pun diwartakan hanya eksklusif buat umat Islam sahaja di bawah Warta PU (A) 15/82 dan pekeliling KKDN. S.59/3/6/A bertarikh 5 Disember 1986.

Sumber,
Caw. Aqidah
Bah. Penyelidikan JAKIM

p/s: Aku harap ada tindakan di ambil oleh orang atasan/pemerintah/kerajaan sekarang tentang isu ni, jangan keluarkan kenyataan yang membenarkan, kerana jika itu berlaku, maksudnya kita tidak melindungi kemuliaan agama Islam itu sendiri, kadangkala isu² begini kena tegas la.



About the Author

Hmm...I not really expert in describing about myself, why don't u tell me...(^__^).
View all posts by: Nash

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

    Demi Masa..


    Powered By Nash
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Followers

    About Me

    My Photo
    Nash
    Hmm...I not really expert in describing about myself, why don't u tell me...(^__^)
    View my complete profile

    Chatbox

    Advertisement

    Live Traffic Feed

    Music

    Happy-o-Meter!!!

    Value

What they says

Nothing much regarding this blog, just to fulfill my free time rather than sit doing nothing in front of my pc. So feel free to look around and leave comments or whatever that come across inside your mind.

Cheers!!(^__^)
© 2013 My Official Blog. WP Mythemeshop Converted by BloggerTheme9
Blogger templates. | Distributed by Rocking Templates Proudly Powered by Blogger.