Kadang² aku naik pelik betul dengan ISP utama untuk pasaran jalur lebar @ broadband di Malaysia ni (paham²la sendiri), memangla ada 'provider' yang lain, tapi secara terang terangan kita boleh lihat siapa yang monopoli perkhidmatan tersebut. Yang aku pelik bukan apa, tapi kualiti perkhidmatan yang disediakan, lebih² lagi dengan isu kabel dasar laut diorang nih! Tak pernah habis dengan isu ni, jadi aku tertanya²la kabel cap apa yang diorang guna, macam mana diorang pasang kabel tu, siapa yang pasang (selalu mesti tender nya bagi dekat kontraktor, diorang takkan pasang sendiri). Buat masa ni, aku belum lah lagi terasa gangguan pada 'connection' internet aku seperti sebelum² ini ketika masalah ini berlaku. Tapi kalau ganggu pun nak buat macam mana, kena terima la hakikat. Lagi satu yang buat aku tertanya²m betul ke kabel dasar laut tuh yang masalah atau ada perkara lain, bukan masalah kabel?? Bila pengguna merungut, alasan paling mudah, "Dalam setahun, hanya beberapa kali saja masalah macam ni, jadi toleransi la sedikit". Aduss, nih bukannya pasar malam, professional la sedikit, selaku pengguna memangla kita ada hak nak mengadu dan sebagai 'provider', kenal bagi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, kalau pelanggan 'complaint', kena terima lah hakikat. Sebagai penyedia utama, jagalah standard dan kualiti, jangan semata² tiada saingan yang setara, pengguna di bawah boleh dibuat sesuka hati.
p/s : Panjang betul, luahan hatiku sebagai pengguna setia walaupun selalu ada masalah, dah tak ada ISP lain yang boleh sediakan perkhidmatan yang setara seperti di luar negara, jadi tiada pilihan, huhuhu.
Sumber1
0 comments:
Post a Comment