Haha, as per title above....hari ni aku bawa family aku gi tengok wayang. Dah lama sangat aku rasa ibu aku tak tengok wayang, last masa aku sekolah rendah kot. So, di kesempatan aku bercuti ni, aku bawala diorang bersiar² sat kat Kinta City. Genre filem pilihan kali ini adalah seram (tapi lepas tengok aku rasa lebih berunsur komedi, haha) dan filem yang terpilih adalah Niyang Rapik. Secara tidak langsung aku telah menyumbang sebanyak rm50 untuk industri perfileman Malaysia. Majulah filem Malaysia!!!
Sampai sana ingat nak beli tiket pukul 5.20, sekali dah habis!! Adik² pompuan aku gi bantai beli pukul 7.20pm. Aku dah tersedu sebab dah dekat Maghrib dah time tuh. Oleh kerana dah beli tiket, so kenala tengok kan. Tapi apa² pun, solat mesti di utamakan dalam apa jua keadaan. Tak kisahla masuk lambat pun, janji perkara yang wajib kita dah selesaikan dahulu. Hampir setengah jam gakla lewat masuk. Tapi yang aku konpius, dalam tuh dah penuh dengan manusia yang sedang leka menonton dah hampir semuanya Melayu!! Persoalan yang muncul dalam kepala otak aku mase tu tak lain tak bukan "Masa bile lak diorang nih solat Maghrib? Cerita 7.20pm, Maghrib pukul 7.31pm. Aku rase mungkin diorang jemaah dalah tuh sebelum cerita tuh bermula". Apa² pun, aku tak nak la komen lebih². Takut mendatangkan fitnah.
Jadi berbalik kepada cerita tuh lak, masuk² aku tengok jek dah der part yang lawak. Lagi² Shaheizy. Aku dah boleh bajet cerita nih gempak lebih jek masa promosi. Tapi aku tetap menyokong industri perfileman tempatan!! Dan di pertengahan cerita boleh pulak audio tiba² bisu sepi, ghaib (mungkin angkara badi cerita seram tersebut, hahaha). Apa lagi, bisingla mamat² dalam tuh. Selepas hampir 10-15 minit baru der balik suara. Tapi apa yang aku dapat simpulkan keseluruhan jalan cerita takdela berapa menyeramkan seperti yang diwar²kan di dada² akhbar dan kaca televisyen. Lebih kepada komedi + seram sikit². Jadi, kepada yang nak pergi menonton filem tuh, aku syorkan bawalah keluarga. Memang terhibur dan untuk tontonan umum. Yang sakit jantung ke, lelah ke, asma ke, etc. pun boleh gi tengok.
p/s : Masa balik dari TGV tu, aku selisih dengan bos aku dekat eskalator, tapi mujur dia tak nampak aku, dan aku memang seboleh²nya tak nak dia nampak aku, hahaha.
(^__^)
1 comments:
ha ha setuju ngan filem niyang merepek tu... ingat seram la... sekali suam2 kuku ja... promote kat tv bukan main lagi...
Post a Comment