Feb 7, 2010

Bayi lelaki 5 bulan mati dipercayai didera, diliwat

By Nash   Posted at  8:39 PM   Real Issues No comments

PETALING JAYA, Feb 6 — Seorang bayi lelaki berusia lima bulan mati dipercayai akibat didera dan diliwat.

Sehubungan itu, sepasang suami isteri ditahan di tanah perkuburan Islam di Sungai Buloh sebaik selepas pengkebumian bayi pertama mereka itu Isnin lepas, kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed.

Beliau berkata bayi itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh oleh pasangan yang masing-masing berusia 33 dan 19 tahun itu pada malam 31 Jan lepas kerana mendakwa bayi mereka tidak sihat.

“Menurut ibu bayi itu, anaknya masih hidup ketika mereka tiba di hospital tetapi doktor yang memeriksanya mengesahkan bayi itu telah mati.

“Bedah siasat dijalankan sejurus selepas itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis polis bersama masyarakat di Subang Perdana di sini, hari ini.

Beliau berkata wanita berusia 19 tahun itu membuat laporan polis mengenai kematian bayinya di bit polis Hospital Sungai Buloh.

Arjunaidi berkata siasatan lanjut polis mendapati bayi itu mempunyai kesan luka di seluruh badan dan dia turut diliwat.

Pasangan dari Sungai Buloh itu direman sehingga 12 Feb dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati mandatori. — Bernama

sumber

Baru² ini kita digemparkan dengan berita menyayat hati, bayi berusia 5 bulan mati dipercayai didera dan yang lebih teruk lagi bayi tersebut juga dipercayai diliwat!!!

Apalah nak jadi dengan dunia sekarang. Penjaga yang diamanahkan oleh Allah S.W.T untuk menjaga dan mendidik anak kecil itu sanggup berbuat demikian. Dah teruk sangat keadaan nafsu manusia zaman sekarang. Dah tak terkawal. Apa saja boleh dijadikan tempat melepaskan keinginan nafsu syahwat hasil hasutan Iblis/Syaitan yang sememangnya sentiasa berusaha menyesatkan anak/cucu Adam hingga kiamat.

Apakah penyebab hingga keadaan sebegini terjadi? Aku kadang tak faham, di
manakah akal fikiran yang membezakan manusia dengan haiwan itu diletak? Adakah manusia zaman sekarang kebanyakan tiada bezanya dengan haiwan? Kerana jika akal itu tidak diguna dan diletakkan di tempat yang sepatutnya, sudah tentu tiada lagi perbezaan antara manusia itu dengan haiwan.

Lihat saja paparan muka hadapan Harian Metro hari ini dan semalam.
Semuanya berkisahkan tentang nafsu serakah manusia yang bagai hilang akal dan pedoman. Aku cuma berharap diri aku dan umat Islam di luar sana sentiasa muhasabah diri dan mengawal diri dan nafsu dari tergoda dengan hasutan iblis syaitan yang tidak kenal erti penat untuk menyesatkan umat Islam.

Gunalah akal fikiran, letakkan ia di tempat yang sepatutnya kerana
jika tidak, seperti yang dinyatakan tadi, tiada bezanya kita dengan haiwan.

About the Author

Hmm...I not really expert in describing about myself, why don't u tell me...(^__^).
View all posts by: Nash

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

    Demi Masa..


    Powered By Nash
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Followers

    About Me

    My Photo
    Nash
    Hmm...I not really expert in describing about myself, why don't u tell me...(^__^)
    View my complete profile

    Chatbox

    Advertisement

    Live Traffic Feed

    Music

    Happy-o-Meter!!!

    Value

What they says

Nothing much regarding this blog, just to fulfill my free time rather than sit doing nothing in front of my pc. So feel free to look around and leave comments or whatever that come across inside your mind.

Cheers!!(^__^)
© 2013 My Official Blog. WP Mythemeshop Converted by BloggerTheme9
Blogger templates. | Distributed by Rocking Templates Proudly Powered by Blogger.