Hari ini umat Islam telah menyambut hari kemenangan kerana berjuang selama sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga serta hawa nafsu di bulan Ramadan. Namun ini juga bermakna, masjid-masjid akan kembali sepi seperti bulan-bulan sebelumnya. Di hari raya ini juga marilah kita mengambil kesempatan untuk bermaaf-maafan dan mengeratkan silaturrahim, bukannya untuk bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk dengan apa yang kita ada atau yang baru saja dibeli. Pembaziran juga haruslah dielakkan, bukan bermaksud tidak boleh berbelanja, tapi berbelanjalah dengan cermat dan bijak. Kita seharusnya merindui bulan Ramadan yang penuh keberkatan kerana perlu menunggu setahun untuk bertemu kembali dengan nya. Ya Allah, panjangkanlah usia ku dan keluarga ku agar kami dapat bertemu lagi dengan Ramadan berikutnya. Amiinnn...
0 comments:
Post a Comment