Dah hampir 5 bulan aku berhijrah ke "tempat baru". Sedar tak sedar, cepat sungguh masa berlalu. Blog aku pun dah lama tak "update". Selalunya aku cuma "post" cerita daripada sumber² carian internet. Agak lama aku tak menulis tentang diri aku. Tapi hakikatnya diri aku tak penting untuk orang² di luar sana. Hahaha. Sedar pun. Nak dipendekkan cerita, di tempat baru, kawan² pun baru, orang² di sekitar kawasan kediaman aku pun baru, segala² nya baru kecuali jalan ceritera kehidupan yang tetap sama.
Semoga Allah kurniakan keadaan yang lebih baik bagi diri aku dan orang² terdekat di sekeliling aku. Sehebat mana perancangan kita, ingatlah perancangan Allah yang paling terhebat termasuklah di dalam pekerjaan. Hakikat yang masih ramai umat Islam di luar sana belum dapat menerima sepenuhnya, termasuk aku yang kadangkala terleka.
Anyway, good luck to myself and those out there in anything me & you do or plan to. Lain orang, lain objektif kehidupan, tapi percayalah, selagi kita sebagai Muslim, objektif kehidupan kita hanya satu, iaitu kepada-Nya.
0 comments:
Post a Comment