Oct 21, 2011

Al-Fatihah Buat Nor Azmi Othman

By Nash   Posted at  7:24 PM   smss No comments

Semalam aku dikejutkan dengan berita rakan lama sekolah ku meninggal dunia kerana kemalangan. Sungguh tak disangka, umur kami sebaya tapi dia dahulu pergi meninggalkan dunia ini. Menjadi peringatan kepada aku dan semua orang di luar sana tentang ajal tidak mengira usia. Jadi marilah perbanyakkan amalan sebelum kita pergi menemui Pencipta kita. Al- Fatihah...

ALOR GAJAH - Niat seorang lelaki untuk menegur seorang remaja lelaki yang merempit di depan rumahnya, berakhir tragedi apabila dia pula maut dirempuh kereta ketika mahu melintas jalan di Batu 23 Kampung Ayer Molek, Masjid Tanah, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, mangsa, Nor Azmi Othman, 27, berjalan keluar dari pagar rumahnya dan kemudiannya dirempuh sebuah kereta jenis Kenari yang datang dari arah Kuala Sungai Baru menghala ke Masjid Tanah.

Saksi yang juga nenek saudara mangsa, Putih Abd Ghani, 73, berkata, ketika kejadian, dia sedang berehat di beranda rumahnya dan dikejutkan dengan dentuman kuat.

“Saya lihat mangsa melambung sebelum tersembam ke atas jalan raya dan ketika itu mangsa dilihat masih bernyawa.

“Sementara itu, pemandu wanita dalam lingkungan 30-an memberhentikan :kenderaannya di kiri jalan tidak jauh dari tempat kejadian tetapi dia tidak keluar dari kenderaan, sebaliknya terus memecut laju keretanya ke arah Masjid Tanah,” katanya.

Mangsa yang juga pegawai di sebuah syarikat perkapalan di Kuala Lumpur adalah anak ketiga daripada lima beradik, meninggalkan seorang isteri dan seorang anak perempuan, Nur Damia Qaisara yang baru berusia setahun enam bulan.

Isteri mangsa, Nur Syakirin Mohd Fauzi, 25, yang masih sugul dengan kejadian itu berkata, dia tidak menyangka suaminya pergi meninggalkannya serta anak yang masih kecil dalam sekelip mata.

“Arwah suami adalah anak tunggal lelaki dalam keluarganya.

“Dia masih bercuti tiga bulan dan dijangka melaporkan diri untuk belayar ke Mesir pada 26 Oktober,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharudin yang mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa maut di tempat kejadian kerana parah di kepala.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Sumber : Sinar Harian

About the Author

Hmm...I not really expert in describing about myself, why don't u tell me...(^__^).
View all posts by: Nash

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

    Demi Masa..


    Powered By Nash
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Followers

    About Me

    My Photo
    Nash
    Hmm...I not really expert in describing about myself, why don't u tell me...(^__^)
    View my complete profile

    Chatbox

    Advertisement

    Live Traffic Feed

    Music

    Happy-o-Meter!!!

    Value

What they says

Nothing much regarding this blog, just to fulfill my free time rather than sit doing nothing in front of my pc. So feel free to look around and leave comments or whatever that come across inside your mind.

Cheers!!(^__^)
© 2013 My Official Blog. WP Mythemeshop Converted by BloggerTheme9
Blogger templates. | Distributed by Rocking Templates Proudly Powered by Blogger.