Nov 3, 2010

Tik..tok...tik...tok....menghitung hari....

By Nash   Posted at  8:37 PM   kahwin 1 comment

Lama sungguh aku tak update blog aku, entahla, macam takde perkara menarik jek nak di update. Namun sedar tak sedar, diam tak diam, aku hampir tiba ke penghujung zaman bujang ku. Giliran aku pula kali ini selepas rakan² ku yang lain menamatkan zaman bujang mereka dengan pasangan hati masing².


Sepanjang tempoh masa dari hari pertunangan sehinggalah sekarang, banyak dugaan yang aku alami. Namun itu semua tidak mematahkan semangat aku dan aku sentiasa berfikir positif dengan mengambil pengajaran dari semua dugaan tersebut. Paling terbaru apabila aku demam teruk hampir seminggu pada 2 minggu lepas. Namun Alhamdulillah, tidaklah sampai kritikal.


Aku ingin juga berkongsi tentang perkara penting dalam urusan perkahwinan, iaitu kewangan dan perbelanjaan untuk persiapan perkahwinan tersebut. Bila aku duduk bersembang dengan rakan²ku yang masih belum merancang untuk berkahwin, mereka amat berminat untuk mengetahui tentang jumlah keseluruhan bajet yang ku habiskan untuk perkahwinan ku. Alhamdulillah aku tidak perlu membuat pinjaman dari mana² bank dan aku gunakan hasil titik peluh ku sepenuhnya sepanjang 2 tahun bekerja untuk menampung semua perbelanjaan tersebut. Ingin aku nyatakan di sini, pada zaman sekarang, sekurang²nya perlu ada RM20,000, namun aku rasa masih tidak cukup, bergantung kepada bagaimana majlis tersebut hendak diadakan. Dengan kos barangan keperluan meningkat naik, tidak lupa juga harga emas, tidak mustahil jumlah kasar yang aku anggarkan tadi akan meningkat naik. Jadi kepada jejaka² di luar sana, berjimat-cermat lah dari sekarang. Jangan bermimpi nak berkahwin di siang hari lagi. 

(^___^)

About the Author

Hmm...I not really expert in describing about myself, why don't u tell me...(^__^).
View all posts by: Nash

1 comments:

tyco said...

Congrats bro...selamat menamatkan zaman bujang.Moga berbahagia hendaknya dan kekal bersama sepanjang hayat dan dilimpahi rezeki melimpah ruah.....Amiiiin.

Back to top ↑
Connect with Us

    Demi Masa..


    Powered By Nash
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Followers

    About Me

    My Photo
    Nash
    Hmm...I not really expert in describing about myself, why don't u tell me...(^__^)
    View my complete profile

    Chatbox

    Advertisement

    Live Traffic Feed

    Music

    Happy-o-Meter!!!

    Value

What they says

Nothing much regarding this blog, just to fulfill my free time rather than sit doing nothing in front of my pc. So feel free to look around and leave comments or whatever that come across inside your mind.

Cheers!!(^__^)
© 2013 My Official Blog. WP Mythemeshop Converted by BloggerTheme9
Blogger templates. | Distributed by Rocking Templates Proudly Powered by Blogger.