Assalamualaikum w.b.t kepada rakan², bloggers², dan pembaca² yang beragama Islam. Jadi bertemu lagi kita dengan bulan Ramadan tahun ini selepas setahun berlalu. Aku bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dipanjangkan umur untuk bertemu lagi dengan bulan Ramadan yang mulia.
Harapan aku agar aku dapat menjadi seorang insan dan Muslim yang lebih baik, dapat membersihkan hati aku, dan mematangkan diri aku lagi untuk menjadi pemimpin kepada diri aku dan keluarga aku sendiri.
Ramadan ini juga adalah Ramadan terakhir aku sebagai seorang 'bujang' kerana aku akan melangkah ke alam perkahwinan selepas ini. Semoga aku dapat menyiapkan diri aku untuk memimpin / menjaga bakal isteri dan keluargaku sendiri selepas ini.
Aku juga berharap Islam dapat dimartabatkan kembali di dunia ini lebih² di bumi Malaysia ini. Di samping itu, marilah bersama² meramaikan masjid. Banyak ganjaran di bulan Ramadan. Tapi teruskanlah juga lepas bulan Ramadan amalan yang baik. Jangan hanya di bulan Ramadan saja banyak beribadah, tapi di bulan² lain tiada. Apa² pun, jangan lupa niat puasa dan bayar zakat fitrah. (^__^)
0 comments:
Post a Comment