May 2, 2010

Trip to Kuantan!!!

By Nash   Posted at  8:37 PM   vacation No comments

Akhirnya, dapat juga masa untuk aku post tentang perjalanan aku ke Kuantan baru² ini. This is my first time travel to Pahang on my own together with my family for the sake of my little sister convocation, haha. Bukan tak pernah pergi Pahang, tapi officially takde lah. Seingat aku dua kali masa sekolah dulu, one day trip ke Sungai Pisang (tepi Karak highway jek, kena stop tepi highway dan berjalan masuk ke dalam kawasan tapak perkhemahan) dan satu lagi masa aku jadi fasilitator untuk Sekolah Rendah Jalan Gurney di Janda Baik.

Tapi kali ini, aku drive sendiri ke Kuantan, hampir penghujung Pahang (base on Lebuhraya Pantai Timur lah) before Jabor and straight away to Terengganu. Overall the journey took about 7 hours including 3 times stop for resting. 2 hari sebelum itu aku cuba "booking "satu rumah rehat dekat Kuantan, tapi dah penuh. Aku berminat nak booking rumah rehat tuh atas cadangan rakan aku yang dah biasa dengan Kuantan, harga yang berpatutan. But luckily, adik aku dapat "book" sebab dia pergi sehari awal dengan menaiki bas. 1 bilik dengan 2 single bed for RM90 including breakfast, really worth la. But don't compare with Hyatt or other 4 star hotel lah. This is rest house and i'm only want to have room to stay for 1 night only, therefore not worth to spent more money just for sleep, hehe.





Tapi masa mula² nak masuk Kuantan nih, aku konpius gak mula², nak keluar dekat susur Gambang ke, nak keluar susur Kuantan sebab sebelum aku bertolak, banyak sangat info dari orang² yang konon²nya dah biasa pergi Kuantan termasuklah adik aku dan orang Pahang sendiri, tapi akhirnya semua maklumat tuh tak betul (cara penerangan diorang tuh salah). Jadi aku pilih keluar dekat "exit" Kuantan (selamat sikit kalau apa² hal, dah nama pun tak pernah datang, haha). Jumlah keseluruhan tol (aku keluar dari Perak dekat Simpang Pulai) ialah RM55 (sepatutnya RM54.80, genapkan senang) dan kos untuk petrol pula RM50 (kereta kecik, so minyak savela sikit).





Aku main redah jek masuk bandar Kuantan. Ikut jek signboard. Call adik aku, dia explain pun tak berapa jelas, so aku ambil keputusan redah jek. Sampai di bandar, aku berhenti tanya kat sorang guard kedai emas jalan nak ke Jalan Teluk Sisek (sebab Annexe Rest House nyer alamat kat area tuh). Dah dapat jalan pakcik tuh lukis, aku lak salah ikut jalan, tapi nasib baik jumpa gak rest house tuh bila adik aku cakap cari signboard Teluk Cempedak.






Sampai² terus check-in. Bilik yang aku dapat di tingkat bawah. Luas juga la bilik yang disediakan. Berbaloi untuk RM90. Aku rehat² tertidur la kejap. Pastu aku bangun ajak ibu aku keluar pusing² bandar Kuantan sambil cari bank. 2-3 kali aku pusing dah hafal la jalan tapi tak sepenuhnya sebab aku tak pusing habis bandar tuh. Sebelum aku balik ke rest house, aku sempat singgah ke Teluk Cempedak yang rupa²nya dekat jek dengan tempat penginapan aku. Malam pula aku keluar beli satay Zul yang berada berdekatan, bawa balik makan dekat bilik. Boleh tahan la, tapi aku tak minat sangat dengan kuah dia.






Pantai Teluk Cempedak nih bersih gakla. Cantik. Memang sesuai untuk tempat percutian keluarga. Tapi aku dengan keluarga sekadar singgah melihat sebab tiada masa nak bermandi-manda. Mungkin lain kali lah kalau ada kesempatan aku datang balik sini. Esoknya lepas konvo adik aku, kami sekeluarga terus balik ke Perak. Bertolak dalam jam 7.30 malam dan tiba lebih kurang 2.30 pagi. Memang sungguh mencabar lalu lebuhraya Karak pada waktu malam. Tapi apa² pun, yang penting pandu cermat dan utamakan keselamatan. Kadangkala aku tengok kereta² yang dipandu laju di atas lebuhraya tersebut seperti menunjuk² skill atau kehebatan kereta mereka. Tapi bila dah kemalangan, beringat pun dah tak sempat. Jadi aku sharela sedikit gambar² yang aku ambil semasa berada di Kuantan walaupun untuk tempoh yang sekejap saja.








p/s: Perjalanan ini kira latihan untuk aku lah memandu ke Terengganu nanti, haha.

About the Author

Hmm...I not really expert in describing about myself, why don't u tell me...(^__^).
View all posts by: Nash

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

    Demi Masa..


    Powered By Nash
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Followers

    About Me

    My Photo
    Nash
    Hmm...I not really expert in describing about myself, why don't u tell me...(^__^)
    View my complete profile

    Chatbox

    Advertisement

    Live Traffic Feed

    Music

    Happy-o-Meter!!!

    Value

What they says

Nothing much regarding this blog, just to fulfill my free time rather than sit doing nothing in front of my pc. So feel free to look around and leave comments or whatever that come across inside your mind.

Cheers!!(^__^)
© 2013 My Official Blog. WP Mythemeshop Converted by BloggerTheme9
Blogger templates. | Distributed by Rocking Templates Proudly Powered by Blogger.