Oct 20, 2009

Iktibar dari gempa di Sumatra

By Nash   Posted at  1:42 PM   Muslim No comments

Nih aku dapat dari e-mail yang di"forwardkan" kepada aku. Jadi aku kongsi dalam blog aku untuk tatapan umum dan peringatan untuk diri aku sendiri dan umat² Islam yang lain.






  • Gempa bumi di Padang 30 sept tepat jam 5.16 pm [ atau jam 17:16 ]
  • Gegaran ke-2 jam 5. 58 pm [ atau jam 17: 58 ]
  • esoknya [1 Okt] jam 8.52 am gegaran susulan di Jambi

  • [ Jam 17 : 16 = Surah ke 17 ayat 16 ]
  • [ Jam 17 : 58 = Surah ke 17 ayat 58 ]
  • [ Jam 8:52 = Surah ke 8 ayat 52 ]
  • surah ke 17-al Israa‘
  • surah ke 8-al Anfaal

Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, Kami perintahkan kpd org yg hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.” al-Isra:16

Tiada suatu negeri pun (yg derhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dgn azab yg sgt keras. Yg demikian itu telah tertulis di dlm kitab (Lauh Mahfuz).Al Isra’: 58

(Keadaan mereka) serupa dgn keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta org sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”
Al Anfaal: 52

Gempa - Rahmat utk mukmin, azab utk kafir

.. apabila dihalalkan zina,meminum arak dan memukul alat muzik, Allah berfirman kpd bumi gegarkan mereka? Sekiranya mereka tak bertaubat dan meninggalkan maksiat, mereka dibinasakan dengannya oleh Allah. Anas bertanya : Apakah itu hukuman terhadap mereka?". Aisyah menjawab: "Ianya rahmat, keberkatan dan peringatan kpd org mukmin. ianya siksaan, kemurkaan dan azab ke atas org kafir.

Binasa dgn sebab jahatnya manusia

Telah timbul kerosakan di daratan dan di lautan kerana perkara yg dikerjakan oleh tgn manusia, supaya dirasakan oleh mereka itu sebahagian dari akibat apa yg mereka kerjakan, semoga dengan itu mereka kembali (patuh kpd Allah) ~ Rum: 41

"Adakah kamu merasa aman dari Allah yg (kekuasaan-Nya) di langit dari menenggelamkan bumi bersama kamu,sehingga tiba-tiba bumi bergoncang atau adakah kamu merasa aman dari Allah yg (kekuasaan-Nya) di langit menghantarkan ke atas kamu angin kencang yg mengandungi batu, maka kelak kamu akan mengetahui bagaimana peringatan (Azab)-Ku?
al-Mulk 16-17

"Sesungguhnya ada sebahagian dari umatku yg akan meminum arak dan mereka menamakannya dgn nama lain (bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dgn bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah akan menenggelamkan mrk ke dlm bumi (dgn gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan babi’ Hadis riwayat Ibnu Majah

Tanda-tanda Qiamat

Sesungguhnya di antara tanda hampirnya hari Qiamat itu, berlaku byk kematian manusia secara mendadak~Thabrani

"Tidak akan dtg hari Qiamat sehinggalah berlakunya byk gempa bumi"~ Bukhari

"Sebelum berlakunya hari Qiamat, akan terdpt kematian yg amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi"~ Ahmad

15 perkara jemput azab

"Apabila umatku melakukan 15 perkara, BALA pasti turun kpd mereka, iaitu:
  1. Apabila harta negara hanya beredar di klgn org tertentu shj
  2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
  3. Zakat dianggap cukai
  4. Suami menurut kehendak isteri (dlm perkara bertentangan syariat)
  5. Anak derhakakan ibunya
  6. (anak tadi) sgt baik dgn kawan-kawannya.
  7. Ia (anak) suka menjauhkan diri dari ayahnya
  8. Suara sudah ditinggikan di dlm masjid.
  9. Yg menjadi ketua sesuatu kaum adalah org yg paling hina di antara mereka.
  10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
  11. Arak diminum secara berleluasa.
  12. Kain sutera byk dipakai (oleh kaum lelaki)
  13. Para artis disanjung-sanjung.
  14. Muzik byk dimainkan/ didendangkan.
  15. Generasi akhir umat ini melaknat generasi awal (para sahabat terdahulu).
"Maka pada ketika itu mereka tunggulah angin merah, GEMPA BUMI ataupun mereka akan diubah menjadi makhluk lain" ~ Tirmidzi

10 Tanda Qiamat

Drpd Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: Rasulullah dtg kpd kami saw. Pada waktu itu kami sdg berbincang. Baginda bersabda: ‘Apa yg kamu bincangkan?’ Kami menjawab: ‘Kami sdg berbincang ttg hari Qiamat’. Nabi saw. bersabda: "Tak akan terjadi hari Qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya 10 tanda-tandanya".

Baginda menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, 3 kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yg ketiga di Semenanjung Arab, akhir sekali api yg keluar dari arah Yaman yg akan menghalau manusia kpd Pdg Mahsyar mereka".

Huraian ringkas

  • Dukhan (asap) keluar dan akibatkan penyakit spt selsema di kalangan org beriman dan akan mematikan semua org kafir.
  • Dajjal membawa fitnah besar hingga ramai org terpedaya dgn seruannya.
  • Binatang besar keluar berhampiran Bukit Safa di Mekah yg akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kpd Allah swt.
  • Matahari terbit dari Barat.Saat itu Allah tak lagi terima iman org kafir dan tak terima taubat org yg berdosa.
  • Turunnya Nabi Isa ke bumi. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yg berdaulat pada masa itu, patahkan salib, bunuh Dajjal.
  • Keluarnya Ya'juj Ma'juj yg buat rosak di bumi
  • Gempa bumi di Timur.
  • Gempa bumi di Barat.
  • Gempa bumi di Semenanjung Arab.
  • Api besar halau manusia menuju ke Pdg Mahsyar. Api itu bermula dari arah Yaman.


    • Di tgh-tgh negara Saudi terdpt satu garisan “fault” yg berpotensi utk berlaku gerak gempa yg para geologis memanggil garisan itu dgn nama- Najd Fault System. Malah satu letupan gunung berapi pernah tercatat pd kurun 13M. Gegaran terakhir dikesan dari “fault-line” ini pada tahun 1999




    Pendapat Ibn Hajar (Fath al-Bari):
  • Apa yg dpt dirajihkan dari himpunan hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yg mendahului segala petanda besar yg mengakibatkan perubahan besar berlaku di bumi ini. Keadaan itu disudahi dgn kematian Nabi Isa (setelah turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tpt tenggelamnya adalah permulaan tanda qiamat besar yg akan merosakkan sistem alam cakerawala. Kejadian ini disudahi dgn terjadinya peristiwa qiamat yg dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yg disebutkan itu terjadi di hari yg matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.







About the Author

Hmm...I not really expert in describing about myself, why don't u tell me...(^__^).
View all posts by: Nash

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

    Demi Masa..


    Powered By Nash
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Followers

    About Me

    My Photo
    Nash
    Hmm...I not really expert in describing about myself, why don't u tell me...(^__^)
    View my complete profile

    Chatbox

    Advertisement

    Live Traffic Feed

    Music

    Happy-o-Meter!!!

    Value

What they says

Nothing much regarding this blog, just to fulfill my free time rather than sit doing nothing in front of my pc. So feel free to look around and leave comments or whatever that come across inside your mind.

Cheers!!(^__^)
© 2013 My Official Blog. WP Mythemeshop Converted by BloggerTheme9
Blogger templates. | Distributed by Rocking Templates Proudly Powered by Blogger.