Bakalkah kita melihat perubahan dalam tampuk pimpinan kerajaan sekarang? Aku harap selepas pilihanraya, samada kerajaan sekarang atau kerajaan baru dapat terus meningkatkan mutu pimpinan seharusnya lebih ke arah mengambil Islam sebagai cara pemerintahan. Walaupun tidak semudah berkata², namun tetap perubahan berterusan ditagih rakyat untuk keadaan yang lebih baik.
Kita tak dapat memuaskan hati semua orang, namun kalau niat kita untuk mencari keredhaan Allah S.W.T, urusan selebihnya akan dipermudahkan oleh-Nya. Hakikat yang masih ramai orang Islam lupa dalam kehidupan ini. Fakta di mana kita hanya sekadar berusaha di atas bumi Allah ini, tetapi Allah yang menentukan keputusannya. Namun usaha tersebut perlu berterusan kerana itu tanggungjawab manusia sebagai khalifah di atas muka bumi dan pada masa yang sama perlu penambahbaikan.
Manusia kerja untuk majikan, mendapat gaji sebagai imbuhan. Tapi manusia itu lupa dia berusaha di atas muka bumi, Allah telah beri banyak imbuhan termasuk di alam kemudian. Itu termasuk bekerja mencari rezeki.
Hmm....manusia mudah lupa...selalulah mengingati antara satu sama lain
0 comments:
Post a Comment