Jun 11, 2011

Portal 1Pengguna.com Bernila RM1.4juta Tidak Selamat

By Nash   Posted at  10:43 AM   News No comments

Membazir sungguh, laman web bernilai RM1.4 juta dibina hanya untuk membenarkan ianya digodam. Tak faham betul aku. Cuma menjadi persoalan aku, siapa yang membina laman web ini? (Aku agak mesti kompeni berkepentingan, haha) So, lepas aku google, aku dapat lah maklumat dari satu blog yang menjalankan sedikit penyiasatan ke atas laman web ini. Cerita selanjutnya boleh baca di laman web Amenoworld.



4 listed directors and their respective ownership are:
- Shahrizal bin Muhammad Kasim (20%)
- Shahrul Sazli bin Shaharir (20%)
- Luqman Hakim bin Mohd Nor (25%)
- Shahjuhan Bin Samsuri (35%)




Portal 1 Pengguna tak selamat mudah digodam, kata pakar
Oleh Shannon Teoh
June 10, 2011

KUALA LUMPUR, 10 Jun — Portal 1Pengguna dilancarkan Selasa lalu telah diceroboh, yang mana penggodam memperoleh butiran-butiran peribadi dan alamat e-mel lebih 2,000 pengunjung yang telah mendaftar, kata pakar keselamatan.

Kata mereka, maklumat digodam juga akan digunakan untuk akses kepada data kewangan pengguna terbabit.

Portal komuniti Lowyat.net pagi ini melaporkan terdapat “beberapa kelemahan” dalam portal 1Malaysia Pengguna Bijak (1MPB), projek bernilai RM1.4 juta itu, sehingga membolehkan penggodam memperoleh maklumat peribadi pengguna walaupun ia dilaporkan rahsia.

Maklumat peribadi termasuk nama, alamat, tarikh lahir dan bank atau syarikat boleh menyebabkan berlaku kecurian identiti.

“Kata laluan ini tidak sukar untuk digodam, anda juga boleh gunakan kelemahan-kelemahan ini memburukkan keseluruhan portal,” kata pengasas Lowyat.net dan ketua pegawainya Vijandren Ramadass kepada The Malaysian Insider.




Click to Enlarge


Vijandren juga berkata, Lowyat telah menemui “beberapa kelemahan keselamatan dalam portal itu” ketika ia dilancarkan dan memaklumkan perkara itu kepada pentadbir laman web itu, namun gagal.


Beliau berkata, penggodam yang digelar “Rilekscrew” juga menyatakan “kelemahan-kelemahan ini membenarkan semua data diperoleh daripada pelayan.”


“Jelas, ini bukan projek bernilai RM1.4 juta. Keselamatan dan peribadi pengguna begitu penting terutamanya dalam laman web milik kerajaan,” katanya.


The Malaysian Insider juga memperoleh satu senarai melebihi 1,000 butiran pengguna dari kedua-dua laman web itu.


Semalam, Putrajaya mengakui portal 1MPB masih belum bersedia menerima 3.5 juta capaian sejak dilancarkan dua hari lalu.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, laman web 1pengguna.com “mengalami masalah” selepas mencecah sebanyak 300,000 hingga 400,000 capaian sehingga menyebabkan server portal itu terjejas.


Putrajaya melancarkan portal itu Selasa lalu dengan meletakkan senarai harga barang-barang keperluan.


Portal itu mempamerkan harga 355 jenis barangan di pasar raya besar, 100 jenis barangan di pasar raya, pasar basah (50) dan kedai serbaneka (100).


Sebarang perubahan harga akan dikemas kini secara harian.


Bagaimanapun kelmarin usaha untuk memperoleh maklumat daripada laman web itu gagal kerana terlalu sibuk.

Original Sources

About the Author

Hmm...I not really expert in describing about myself, why don't u tell me...(^__^).
View all posts by: Nash

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

    Demi Masa..


    Powered By Nash
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Followers

    About Me

    My Photo
    Nash
    Hmm...I not really expert in describing about myself, why don't u tell me...(^__^)
    View my complete profile

    Chatbox

    Advertisement

    Live Traffic Feed

    Music

    Happy-o-Meter!!!

    Value

What they says

Nothing much regarding this blog, just to fulfill my free time rather than sit doing nothing in front of my pc. So feel free to look around and leave comments or whatever that come across inside your mind.

Cheers!!(^__^)
© 2013 My Official Blog. WP Mythemeshop Converted by BloggerTheme9
Blogger templates. | Distributed by Rocking Templates Proudly Powered by Blogger.