Lama betul aku tak update blog. Tak taula kenapa semenjak dua menjak nih, aku malas betul nak update blog, kalau buka pun, setakat buka jek menjengah blog aku nih, nak tengok sihat ke tak..haha. Sedar tak sedar, habis sebulan berpuasa. Raya pun dah masuk raya ke-7 baru aku nak update blog. Apa² pun syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana dipanjangkan usia dan diberi kesempatan untuk bertemu dengan bulan Ramadan sekali lagi pada tahun ini. Semoga Allah S.W.T panjangkan usia aku lagi untuk bertemu lagi dengan bulan penuh keberkatan ini pada tahun hadapan. InsyaAllah.
Apa² pun aku di sini nak mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada semua terutama rakan² beragama Islam dan sesiapa yang mengenali diri aku ini. Raya tahun ini aku lebih banyak berjalan beraya ke rumah orang berbanding tahun lepas, sehingga aku tersekat dalam kesesakan jalan raya pada raya ke-3 ketika dalam perjalanan pulang dari Penang ke Perak. Perjalana yang selalunya mengambil masa 2 jam berlanjutan sehingga 6 jam. Tapi Alhamdulillah kami sekeluarga selamat sampai di rumah (aku rasa jalan kaki lagi laju, haha). Sebelum aku mengakhiri warkah kali ini, sekali lagi, kepada umat Islam di luar sana, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.
0 comments:
Post a Comment