Berita Terkini Keputusan Undi di Permatang Pauh, nampaknya Keadilan menang majoriti,hmmm..pe kesimpulannya pon, aku xdpt nk bgtau, kite lihat jekla berita esok…pe komen BN..so petikan di bawah dari BERNAMA….
” Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti besar pada pilihan raya kecil kawasan itu pada hari ini. Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh apabila calonnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan majoriti undi 15,671 mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).
Anwar memperoleh 31,195 undi, Arif Shah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya dengan 15,524 undi, manakala Hanafi yang juga Presiden Akim hanya memperoleh 92 undi, sekali gus hilang wang pertaruhan.
Keputusan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahaya di pusat penjumlahan undi di Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun, Mengkuang, pada jam 10.12 malam.
Keputusan tidak rasmi ini diperoleh menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengatasi kedua-dua pencabarnya di hampir semua peti undi dan saluran mengundi. Namun begitu hanya 38,144 orang atau 65,25 peratus sahaja orang yang mengundi pada pilihan raya kecil ini berbanding lebih 82 peratus pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.
KEPUTUSAN
1. Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) 31,195 undi.
2. Datuk Arif Shah Omar Shah (BN) 15,524 undi.
3. Hanafi Mamat (AKIM) 92 undi.
Jumlah mengundi/Votes cast : 38,144
Peratus/Percentage : 65.25 peratus
Undi rosak/Spoilt votes : 447 undi
Majoriti/Majority : 15,671 undi.
Penyandang/Incumbent : Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail(PKR)
Undi diperolehi/Votes Polled : 2008:30,348
Majoriti/Majority : 13,398
-Bernama- ”

0 comments:
Post a Comment