Mungkin ramai yang pernah melihat rakaman video ini. Tapi aku baru saja pertama kali melihat dan sedikit terkesima bila mengetahui cara yang digunakan negara maju untuk menyembelih sebenarnya terlalu primitif. Lebih² negara bukan Islam yang lebih mengejar kepada produktiviti dan keuntungan semata² tanpa mengira nilai melakukan sembelihan itu dengan menghormati haiwan tersebut. Aku teringat dulu pernah timbul isu yang menyatakan sembelihan cara Islam lebih ganas. Namun bila melihat video ini, baru aku sedar yang sebenarnya sembelihan cara Islam lah yang terbaik. Aku tak pernah melihat haiwan meronta² apabila disembelih sedemikian rupa berbanding sembelihan yang dilakukan oleh negara² maju yang kononnya lebih baik dan canggih (sebab tuh yang makan pun perangai macam b******g). Jadi, belilah daging buatan Malaysia yang diiktiraf halal oleh JAKIM. Sekurang² nya, nilai Islam masih menghormati haiwan tersebut walaupun untuk disembelih dan seterusnya menjadi santapan kita.
(^__^)
0 comments:
Post a Comment