Hmm...bile aku dengar ekonomi U.S jatuh merudum, aku rasa macam gembira sangat, sebab macam balasan Allah S.W.T kepada kekejaman yang mereka lakukan di negara-negara luar terutamanya negara Islam. Apa yang aku lihat dan dengar sekarang ini pun, banyak musibah menimpa negara Amerika ni. Berita pula kerap memaparkan tentang bencana-bencana alam yang menimpa negeri-negeri dalam Amerika ni. Tapi yang aku tak paham, diorag masih meneruskan dasar kejam mereka dan menghabiskan banyak perbelanjaan ketenteraan dari menolong rakyat negara mereka yang menderita kerana bencana-bencana alam ini. Sekarang, apabila ekonomi mereka pula merudum, ia memberi impak besar kepada negara tersebut. Mungkin berkat doa-doa insan teraniaya dek penindasan Amerika...entahla, cuma aku berdoa dan berharap Allah sentiasa melindungi umat-umatnya yang ditindas dan memberi mereka kekuatan untuk menghadapi dugaan tersebut..kita yang tinggal di Malaysia ni sepatutnya bersyukur kerana negara kita dalam keadaan aman, tidak seperti negara-negara di luar yang bergolak akibat peperangan dan ketidakstabilan sistem pemerintahan negara..semoga ini dapat memberi pengajaran kepada rakyat Malaysia termasuk aku sendiri untuk menghargai suasana negara kita ini...marilah kita bersama-sama bersatu padu dan hidup dalam keadaan yang harmoni...peh, ayat aku tak ingat, cayalah Nash..hahaha
Rakyat Harmoni, Negara Aman (^_^)
Rakyat Harmoni, Negara Aman (^_^)
0 comments:
Post a Comment